Pi1M Felda Bukit
Tangga mula beroperasi pada 3 Mei 2010
Pusat
Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan
kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd.
Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian
Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan
masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini
adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya
perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak
terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu
Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan
kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.
WAKTU BEROPERASI
ISNIN - AHAD
9.00 PAGI - 6.00 PETANG
KECUALI CUTI UMUM
KELAS KOMPUTER/ICT
- MICROSOFT OFFICE WORDS 2013
- MICROSOFT OFFICE EXCEL 2013
- MICROSOFT OFFICE POWER POINT 2013
- E-APLIKASI ( E-LEARNING, E-COMMERCE, E-GOVERNMENT )
MAKLUMAT KOMUNITI FELDA BUKIT
TANGGA
Rancangan FELDA Bukit Tangga yang terletak dalam daerah Kubang Pasu ini telah dibuka pada tahun 1978. Sebelum pembukaan tanah rancangan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kawasam ini dinamakan Bukit Batu Bertangga. Nama tersebut diperoleh dari sebuah bukit yang kelihatan seperti bertangga-tangga di kawasan lerengnya. Apabila Felda membuka tanah rancangan di sini pada tahun 1978, peneroka awal yang menetap di kawasan ini telah menukarkan nama kepada Felda Bukit Tangga.
Sebelum penerokaan, kawasan ini dipenuhi oleh hutan. Apabila Felda membuka dan menjadikannya sebuah tanah rancangan, kawasan ini ula membangun dan makmur. Kini banayk perubahan boleh dilihat antaranya rumah-rumah peneroka telah banyak diubah suai bersesuaian dengan taraf hidup mereka. Manakala setiap peneroka diberikan tanah seluas 10 ekar untuk mengusahakan tanaman getah. Jumlah penduduk di Felda Bukit Tangga dianggarkan kira-kira 3887 orang serta jumlah peneroka sebanyak 370 orang. Kesemua penduduk di sini berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Pekerjaan
utama penduduk di Felda Bukit Tangga ialah kegiatan pertanian. Majoriti
peneroka di Felda Bukit Tangga mengusahakan tanaman getah. Selain itu terdapat
segelintir dari peneroka dan generasi kedua Felda Bukit Tangga menjalankan
perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta, bengkel besi dan berniaga
pasar malam. Ada juga penduduk yang mengusahakan tanaman rebung madu, jagung,
pisang dan kelapa pandan. Malah ada juga yang mengambil upah menjahit palkaian,
menjual kuih muih serta terlibat dengan perniagaan online.
MAKLUMAT
PI1M & KOMUNITI FELDA BUKIT TANGGA
Lokasi |
Pusat
Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga |
UST Area |
|
Daerah |
Kubang
Pasu |
Negeri |
Kedah
Darul Aman |
Populasi |
1875 |
Aktiviti Ekonomi
Utama |
Pertanian
(Getah), Perniagaan Kecil-kecilan,Menjahit Penternakan (Lembu & Kambing) |
Jumlah Keahlian (setakat
30 September 2015) |
1089 |
Lat/Long PI1M |
N6.4940,
E100.4763 |
Teknologi |
Hub
& Spoke – Microwave |
Permberi
Perkhidmatan |
Celcom
Axiata Berhad |
Tarikh Bermula
Beroperasi |
3
Mei 2010 |
Maklumat Pengurusan
PI1M |
Pengurus Name:
Fauziah Binti Mohd Fadzil Email:
fauziah@celcom1cbc.com No
Telefon: 013-5333201 Penolong Pengurus Nama:
Siti Hasnah Binti Hashim Email:
sitihasnah@ celcom1cbc.com No
Telefon: 017-5153323 |
Website |
http://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga |
Kampung Tanpa Wayar |
1. Zone 1:
No. 42 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Sareh Jaafar 2. Zone 2:
No. 221 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Hassan 3. Zone 3:
No. 119 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Halim 4. Zone 4:
No. 146 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Mat Radhi 5. Zone 5:
No. 20 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Ismail
Mat 6. Zone 6: No.235
Kg.Alor Dalam (Pole 12 Meter) – Rumah En. Yusof |
TEMPAT-TEMPAT
MENARIK & KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Pejabat Felda Bukit Tangga
2. Masjid Ar-Rahman Felda Bukt Tangga
3. Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga
4. Tabika Kemas Felda Bukit Tangga
5. Klinik Desa Felda Bukit Tangga
- Log Masuk
- Daftar Akaun Baru