Berita & Aktiviti Terkini

Pelantikan AJK PI1M Bukit Tingkat

28 January 2018 | Berita Terkini

Laporan Program Q1 Nama Program: Majlis Pelantikan AJK PI1M Bukit Tingkat Tarikh: 28 Januari 2018 Pada 28 Januari yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan majlis pelantikan AJK PI1M. Program ini melibatkan komuniti sekitar Kg Bukit Tingkat. Kami memilih untuk mengambil wakil organisasi yang terdapat di Kg Bukit Tingkat dan kampung sekitarnya. Pemilihan AJK ini telah mendapat persetujuan daripada Penghulu kampung. Antara organisasi yang terlibat ialah Amanah Ikhtiar, JKKK, Persatuan Belia, Sukarelawan Bukit Tingkat, Ahli Masjid dan beberapa penduduk sekitar yang aktif dalam pembangunan sekitar Kg Bukit Tingkat. Tujuan majlis ini diadakan adalah... read more

Pertandingan Mewarna bersama Pelajar Tabika KEMAS Bukit Tingkat

08 January 2018 | Berita Terkini

Laporan Program Q1 Nama Program: Pertandingan Mewarna Bersama Pelajar Tabika KEMAS Bukit Tingkat Tarikh: 8 Januari 2018 Tempat: Tabika KEMAS Kg Bukit Tingkat Pada 8 Januari yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia telah menganjurkan pertandingan mewarna bersama pelajar Tabika KEMAS Kg Bukit Tingkat. Aktiviti ini dipersetujui oleh guru tadika berkenaan iaitu Pn Salmah dan dijalankan untuk memenuhi aktiviti awal persekolahan mereka dengan aktiviti yang interaktif dan menarik. Pertandingan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 11 tengahari. Pelajar yang terlibat pula seramai 15 orang dan terdiri daripada kanak-kanak berusia 4-5 tahun. Ibu bapa... read more

Peraturan Pusat Internet 1Malaysia

26 November 2017 | Info Teknikal

SYARAT & PERATURAN PI1M BUKIT TINGKAT PENGGUNAAN KOMPUTER Pengguna mesti menulis maklumat LENGKAP seperti nama, nombor kad pengenalan, no PC & bayaran sebelum menggunakan PC. Dilarang MENUKAR PC sesuka hati atau menggunakan nama orang lain. Dilarang MEMASANG (install) apa-apa perisian cetak rompak & games ke dalam PC. Anda juga dilarang menukar apa-apa setting yang telah ditetapkan pada DESKTOP PC anda seperti wallpaper, ikon dan lain-lain. Dilarang membawa masuk makanan di dalam Pi1M. Dilarang melayari laman web lucah, judi, ganas dan seumpamanya. Digalakkan menggunakan PC dan peralatan lain dengan CERMAT. Anda wajib bertanggungjawab atas kerosakan yang telah anda... read more

HARI TERBUKA PI1M BUKIT TINGKAT

22 December 2017 | Berita Terkini

Hari Terbuka dijalankan oleh Pusat internet 1 Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia serta tujuan dan fungsinya. Berikut adalah perincian tentang Hari Terbuka PI1M Bukit Tingkat : Tarikh : 17 Disember 2017 Lokasi : PI1M Bukit Tingkat Kumpulan Sasaran : JKKK Paya Jejawi, Komuniti Kg Bukit Tingkat, Ahli aktif PI1M Bukit Tingkat. Aktiviti yang dijalankan : Bacaan yaasin dan doa selamat bersama JKKK Paya Jejawi dan aktiviti sukaneka bersama ahli aktif PI1M terutamanya golongan kanak-kanak. Hari Terbuka ini merupakan program... read more

lagi berita & aktiviti