Berita & Aktiviti Terkini

Kisah Kejayaan - Nurul Syahirah Binti Omar

03 April 2017 | Kisah Kejayaan

Nama : Nurul Syahirah Binti Omar Umur : 31 Tahun Lokasi : Felda Bukit Tongkat Pekerjaan : Mini Stokis produk kecantikan dan kesihatan No.tel : 013-7926693                 Puan Nurul Syahirah Binti Omar atau lebih mesra dengan paggilan cik Iera merupakan seorang peniaga online dan juga offline syarikat Sahajidah Hai-o Marketing Sdn Bhd. Beliau mempunyai mini stokis di rumah untuk setiap produk yang dijual nya. Walupun dalam kuantiti yang sedikit, namun permintaan daripada penduduk setempat untuk setiap barang jualannya itu sangat baik. Hal ini demikian kerana produk yang dijualnya sentiasa diguna setiap masa dan dimana saja... read more

Kisah Kejayaan -Norafizah Binti Jamian

01 April 2017 | Kisah Kejayaan

Nama                : Puan Norafizah Binti Jamian Umur                : 31 tahun Pekerjaan          : Suri rumah & Perniagaan Online – Pakaian wanita, kanak-kanak dan pelbagai produk lain. No Tel               : 011-10562345 Puan Norafizah Binti Jamian, 31 tahun adalah merupakan seorang rumah tangga sepenuh masa. Beliau pernah bertugas sebagai juruteknik komputer di Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Tongkat. Namun demi anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian daripadanya beliau nekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan online. Beliau menjual pelbagai barangan antaranya baju kurung moden , baju blouse, kemeja lelaki, sweater, jaket, iv mist nano oil, iv kids, iv... read more

Event : Dam Ular KDB

24 March 2017 |

Jumaat-24 Mac 2017, Pertandingan “Dam Ular KDB” telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia. Peserta telah mula hadir seawal jam 9.00 pagi dan mendaftarkan diri untuk mengikuti pertandingan ini. Program ini berjalan selama lebih kurang 4 jam dan terdapat 23 orang peserta yang menyertainya. Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bertanding mengikut kumpulan masing-masing. Pertandingan dam ular ini tidak ubah seperti dam ular biasa, dimana pemenang adalah peserta yang terawal melepasi petak terakhir dalam dam ular ini. Tetapi uniknya, unsur KDB telah dimuatkan di dalam dam ini. Terdapat beberapa petak... read more

Event : Semarakkan Tulisan Jawi

17 March 2017 | Berita Terkini

Jumaat-17 Mac 2017, Satu pertandingan bulanan telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia. Pertandingan ini diberi nama “Semarakkan Tulisan Jawi”. Pertandingan ini akan menguji tahap pengetahuan peserta mengenai tulisan jawi. Pemenang dipilih berdasarkan kekemasan tulisan dan juga berdasarkan jumlah tulisan yang dieja dengan betul. Peserta telah mula hadir seawal jam 10.00 pagi dan mendaftarkan diri untuk mengikuti pertandingan ini. Program ini berjalan selama lebih kurang 6 jam dan terdapat 21 orang peserta yang menyertainya. Terdapat dua bahagian yang perlu diselesaikan oleh semua peserta iaitu menukarkan tulisan jawi ke tulisan rumi &... read more

Gubahan Telekung Kretif

26 March 2017 | Berita Terkini

AHAD – 26 March 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Tongkat telah mengadakan pertandingan Gubahan Kain telekung beserta sejadah Kreatif. Pertandingan dimulai dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 10 pagi. Pertandingan ini terbuka kepada semua yang berumur 21 tahun ke atas. Sekitar jam 10:15 pagi masing-masing sudah siap mendaftarkan diri mereka. Peserta dikehendaki untuk membawa telekung dan sejadah mereka sendiri. Sekiranya mereka ingin membawa barang hiasan sendiri terpulang kepada peserta sendiri. Bagaimanapun, bahan-bahan menghias seperti dulang hantaran, riben, bunga dan sebagainya itu telah disediakan oleh staff PI1M.           ... read more

Demo Pembuatan Cheesekut

21 February 2017 | Berita Terkini

Ahad-12 Februati 2017, Satu aktiviti yang diberi nama Demo pembuatan Cheesekut iaitu sejenis makanan pencuci mulut moden telah diadakan di bilik training PI1M Felda Bukit Tongkat. Penyertaan dibuka terhad kepada peserta yang berumur 21 tahun dan ke atas. Sebelum pertandingan bermula, peserta yang hadir telah mengisi borang kehadiran yang telah disediakan. Setelah itu, staff Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat mempelawa semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing. Kemudian, semua peserta diperkenalkan dan diterangkan mengenai cheesekut melalui slide persembahan yang telah disediakan oleh staff Pi1M. Antaranya ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cheesekut, langkah-langkah... read more

Capan Kreatif

18 February 2017 | Berita Terkini

SABTU – 18 February 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Tongkat telah mengadakan pertandingan Capan Kreatif. Pertandingan bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 2:30 petang.  Sekitar jam 3 petang semua peserta sudah siap mendaftarkan diri mereka masing-masing. Untuk pertandingan Capan Kreatif ini, setiap peserta telah dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori sekolah rendah dan juga kategori sekolah menengah.      Peserta dikehendaki untuk membawa bahan capan mereka sendiri siap-siap daripada rumah. Bahan capan tersebut perlulah diukir dahulu. Namun begitu, staff PI1M turut menyediakan sedikit bahan capan untuk mereka ukir sendiri dan berkongsi bahan... read more

Roda Impian Cilik

30 January 2017 | Berita Terkini

     Mengikut perancangan yang telah dibuat, pada 21 january 2017 iaitu pada haru sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat ingin mengadakan acara Roda Impian Cilik terbuka kepada semua ahli PI1M. Namun begitu atas permintaan peserta sendiri, mereka ingin acara tersebut diadakan pada 30 januari 2017 atas alasan mereka perlu menghadiri kelas tambahan pada 21 hari bulan tersebut.                     Seawal jam 9 pagi, masing-masing sudah hadir untuk mendaftarkan diri mereka. Mereka dikehendaki untuk membuat kumpulan yg terdiri daripada 2 orang peserta sahaja. Lebih kurang jam 10 pagi semua peserta sudah bersedia... read more

Event : Demo Pembuatan Coklat

20 January 2017 | Berita Terkini

Jumaat-20 January 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat telah mengadakan Demo Pembuatan Coklat yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat. Penyertaan dibuka kepada semua peringkat umur. Sebelum pertandingan bermula, peserta yang hadir telah mengisi borang kehadiran yang telah disediakan. Setelah itu, staff Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat mempelawa semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing. Kemudian, semua peserta diperkenalkan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat seperti jenis-jenis coklat, pewarna, filling, acuan coklat dan sebagainya. Peserta juga diberi pendedahan mengenai pentang-larang semasa dalam proses penghasilan coklat. Setelah... read more

Cabaran Menaip Pantas Jan 2017

25 January 2017 | Berita Terkini

SABTU – 14 January 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat telah mengadakan “Cabaran Menaip Pantas” terbuka kepada semua ahli PI1M yang berminat untuk menyertai. Acara bermula dengan pendaftaran peserta seawal jam 9:30 pagi.                                                                                                       Peserta diberi lirik lagu oleh staff... read more

lagi berita & aktiviti