Celik IT :Muhammad Syahputra Bin Saiful Ariffin

25 December 2021 | Kisah Kejayaan

Muhammad Syahputra Bin Saiful Ariffin atau nama panggilannya Shah merupakan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong. Beliau tinggal di Felda Ulu Belitong, Kluang Johor. Shah menjadi ahli berdaftar di PEDi Felda Bukit Tongkat pada bulan April 2014 ketika berumur 10 tahun.

Shah mendaftar ahli Pusat Internet kerana beliau mahu menyertai kelas pembelajaran insentif yang diadakan di Pusat Internet (PI). Kemudian, Shah sendiri mahu untuk turut menyertai kelas ICT di PI seperti MS Word, MS Power Point, e-Learning dan sebagainya. Menurutnya, penggunaan ICT sangat membantu dalam pembelajarannya. Shah juga sangat aktif mengikuti pelbagai kelas ICT dan juga aktiviti bulanan yang diadakan di PI Felda Bukit Tongkat. Kini Shah sudah menguasai asas MS Word, Power Point dan asas internet.

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi, beliau kini sudah boleh menggunakan Microsoft Word dengan baik. Di samping itu, beliau juga diajar cara-cara untuk mencari bahan/gambar yang di internet untuk kerja sekolahnya.

Selain itu, beliau juga turut menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di PEDi Felda Bukit Tongkat seperti mencetak kerja sekolah, laminasi, pengimbas dan sebagainya. Shah amat gembira dengan kewujudan PEDi Felda Bukit Tongkat kerana staff PEDi yang selalu membantunya sekiranya dia memerlukan bantuan.

Harapannya semoga PEDi Felda Bukit Tongkat akan kekal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepadanya dan juga kepada seluruh masyarakat setempat.