Kisah Kejayaan : Puan Suhaila Binti Saidin

28 December 2021 | Kisah Kejayaan

Puan Suhaila Binti Saidin merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mengusahakan beberapa jenis perniagaan bagi membantu meningkatkan pendapatan keluarga. Beliau menjual roti buatan tangan, kuih bakar kemboja, makanan western seperti meatball, kentang goreng dan sebagainya. Selain itu, Puan Su juga ada menjual kek bajet untuk majlis harijadi dan juga jambangan coklat untuk dijadikan hadiah. Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kejutan (surprise delivery). Menurut beliau suami dan anak-anak adalah antara tulang belakang yang sentiasa mendorong dan membuatnya sentiasa berusaha gigih dan bersemangat untuk terus maju dalam perniagaan yang diusahakannya ini.

  

Beliau telah berniaga sejak daripada tahun 2018. Banyak dugaan dan cabaran yang datang dan dihadapi olehnya dengan redha. Lebih-lebih lagi musim pendemik yang melanda dunia ketika ini. Namun, beliau tidak berputus asa, beliau tetap berusaha untuk memasarkan hasil tangan beliau sehingga kini. Beroperasi di rumah memudahkan beliau sambil memantau anak-anak belajar PDPR di musim pendemik ini. Beliau juga pernah berniaga di pasar malam di kawasan sekitar. Permintaan terhadap roti-roti buatanya juga amat menggalakkan.

Dengan adanya kumpulan Whatsapp khas untuk menjual makanan, beliau juga dapat mempromosikan makanan-makanan beliau kepada penduduk sekitar. Selain daripada makanan yang dihasilkan itu sedap, harga yang berpatutan dan servis penghantaran terus ke pintu rumah menyebabkan  ramai yang menempah dan membeli daripadanya.

Dengan kewujudan PEDi, beliau merasakan usahawan kecil sepertinya dapat menggunakan kemudahan yang tersedia dalam usaha mengembangkan perniagaan melalui  medium online seperti Facebook dan Instagram. Selain itu, menuruut beliau juga, staf PEDi sangat membantu menghulurkan bantuan dalam mempelajari ICT.

Semoga usaha beliau dalam memperkembangkan perniagaannya berjalan lancar dan perniagaan beliau mendapat permintaan semakin meluas.