Kisah Kejayaan : Puan Zaleha Binti Adam

29 December 2021 | Kisah Kejayaan

Puan Zaleha binti Adam merupakan seorang penerokawati Felda Bukit Tongkat dan merupakan seorang ibu tunggal. Beliau juga dikenali sebagai mak Leha dikalangan warga sekitar. Beliau mempunyai  5 orang anak. Beliau telah mengusahakan perniagaan tanaman bunga (garden nursery) bersama anaknya. Pelbagai jenis bunga di jual oleh beliau seperi bunga ros, bunga keladi, bunga orkid dan lain-lain lagi. Selain tanaman bunga, beliau juga turut menjual pasu-pasu dan tanah hitam bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan tanah hitam untuk tanaman mereka. 

 

Beliau telah berniaga tanaman bunga ini sejak PKP bermula. Para pelanggan bukan sahaja terdiri daripada warga sekitar malah daripada daerah-daerah lain di negeri ini. Anak beliau banyak mempromosikan tanaman yang dijual menggunakan medium sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain lagi.

 

Dengan membuka perniagaan ini, bukan sahaja dapat menghabiskan masa dengan berfaedah, malah beliau membuka peluang pekerjaan kepada warga sekitar yang memerlukan pekerjaan. Beliau mempunyai pekerja untuk membantunya mengurus tanaman-tanaman, memasukkan tanah hitam ke dalam guni dan sebagainya.

   

Dengan kewujudan PEDi, beliau merasakan usahawan kecil sepertinya dapat menggunakan kemudahan yang tersedia dalam usaha mengembangkan perniagaan melalui  medium online seperti Facebook dan Instagram. Selain itu, menuruut beliau juga, staf PEDi sangat membantu menghulurkan bantuan dalam mempelajari ICT.

Semoga usaha beliau dalam memperkembangkan perniagaannya berjalan lancar dan perniagaan beliau mendapat permintaan semakin meluas.