Kisah Kejayaan : Muhamad Fariq Bin Aine

28 June 2022 | Kisah Kejayaan

En Muhamad Fariq Bin Aine adalah seorang usahawan muda yang berkelulusan Diploma Pengajian Perniagaan dari Politeknik Merlimau Melaka. En Muhamad Fariq Bin Aine juga merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik dan mempunyai perniagaan online. En Fariq memulakan perniagaan beliau semasa tamat persekolahan sehingga kini. En fariq juga tidak mengabaikan pelajarannya , semasa beliau sedang mengambil diploma beliau juga menjalankan perniagaan secara dalam talian untuk menampung perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian beliau.

En fariq menjual produk kesihatan dan kecantikan di bawah syarikat shaklee malaysia dan mempunyai lebih dari 30 orang anak team yang membantunya untuk mencapai sasaran jualan setiap bulan. 

En fariq hanya menggunakan media sosial dan menggunakan zero cost marketing sahaja sepanjang menjalankan perniagaannya pada mulanya dan sehingga kini. En fariq antara generasi muda yang sudah mula menjalankan perniagaan dan juga mempunyai pendapatan sampingan walaupun semasa belajar.

Facebook personal dan juga facebook page yang digunakan oleh fariq untuk menjalankan perniagaan shakleenya.

Akaun instagram perniagaan yang digunakan fariq sepanjang menjalankan perniagaan di dalam talian

Fariq juga menggunakan blogger sebagai medium untuk mendapatkan pelanggan dari kawasan berdekatan mahupun secara dalam talian (seluruh malaysia). En fariq dibantu oleh seorang staff dan memulakan perniagaan dengan modal hanya RM5000 sahaja iaitu duit yang dikumpul dengan menjalankan perniagaan di dalam talian iaitu sebagai dropship kepada syarikat yang menjual produk kesihatan dan kecantikan.