Celik ICT : Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq

30 June 2022 | Berita Terkini

Nama : Irfan Bin Muhammad Siddiq

Umur : 11 tahun

Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan LKTP Belitong. Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq merupakan anak kepada staff yang bekerja di pejabat felda belitong. Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq menjadi ahli berdaftar di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Tongkat pada Jun 2022.

Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq menyertai kelas ICT yang dianjurkan di PEDi kerana dalam pembelajaran banyak menggunakan microsoft word dan juga ict dalam pembelajarannya. Menurutnya, penggunaan ICT sangat membantu dalam pembelajarannya. Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq sangat aktif mengikuti pelbagai kelas ICT dan juga aktiviti bulanan yang diadakan di PEDi Felda Bukit Tongkat. Kini Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq semakin mahir menggunakan Microsoft Word, Power Point dan internet.

Sebelum penglibatannya dengan PEDi, Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq tidak begitu mahir dan mempunyai masalah dalam menyelesaikan kerja rumah dan juga kerja kursus yang diberikan oleh gurunya. Penggunaan internet hanyalah sekadar membuka Youtube untuk mendengar lagu dan menonton cerita. Namun setelah mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi, Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq kini sudah boleh menggunakan Microsoft office word dengan baik.

Selain itu, Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq juga turut menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di PEDi FBT, seperti perkhidmatan mencetak, laminasi, pengimbas dan sebagainya. Muhammad Irfan Husaini Bin Muhammad Siddiq amat gembira dengan kewujudan PEDi Felda Bukit Tongkat, kerana staff PEDi yang selalu membantunya sekiranya dia memerlukan bantuan. Tambahan pula, PEDi FBT ada menyediakan perkhidmatan pinjaman netbook yang mana lebih memudahkan beliau untuk menggunakan komputer dirumah.

Harapannya semoga PEDi Felda Bukit Tongkat akan kekal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepadanya dan juga kepada seluruh masyarakat setempat.