Kisah Kejayaan : Puan Fauziah Binti Afendi

30 June 2022 | Kisah Kejayaan

Fauziah Binti Mohd Afandi merupakan seorang suri rumah. Beliau merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Tongkat yang aktif  dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di PEDi Felda Bukit Tongkat. Beliau juga merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Beliau menjalankan perniagaan kuih-muih dan juga aiskrim malaysia. Beliau telah memulakan perniagaan sejak dari tahun 2015.

 

Dari minat membuat kuih-muih, beliau memilih untuk memulakan perniagaan dari rumah sahaja bagi menjana pendapatan tambahan bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga beliau.

 

Beliau sangat mahir membuat kuih-muih tradisional dan juga kuih muih moden. Kuih yang dihasilkan oleh beliat mendapat sambutan hangat oleh penduduk sekitar kerana rasanya yang sedap dan harga yang berpatutan. Antara kuih-muih yang mendapat sambutan hangat adalah karipap, donut sira sambal, donut gebu, dan juga roti jala.

 

Selain kuih-muih, beliau juga menjual aiskrim Malaysia pelbagai perisa yang boleh dipilih oleh pelanggan-pelanggan beliau.

   

Cabaran yg di hadapinya sebagai seorang peniaga adalah pada peringkat awal untuk memperkenalkan produk beliau kepada pelanggan, tetapi dengan adanya teknologi terkini beliau cuba memperkenalkan produk secara online di mana beliau membuat pautan ke dalam Facebook, status whatsapp dan juga whatsapp group. Dengan adanya kumpulan Whatsapp khas untuk menjual makanan, beliau juga dapat mempromosikan makanan-makanan beliau kepada penduduk sekitar. Selain daripada makanan yang dihasilkan itu sedap, servis penghantaran terus ke pintu rumah menyebabkan  ramai yang menempah dan membeli daripadanya.

 

Dengan kewujudan PEDi, beliau merasakan usahawan kecil sepertinya dapat menggunakan kemudahan yang tersedia dalam usaha mengembangkan perniagaan melalui  medium online seperti Facebook dan Instagram. Selain itu, menuruut beliau juga, staf PEDi sangat membantu menghulurkan bantuan dalam mempelajari ICT. Semoga usaha beliau dalam memperkembangkan perniagaannya berjalan lancar dan perniagaan beliau mendapat permintaan semakin meluas.