Pertandingan Melukis Poster

24 September 2016 |

SABTU - 24 September 2016. Bersempena dengan hari Malaysia pada 16 September yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan pertandingan melukis poster.

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli yang berumur lingkungan 6 tahun hingga 15 tahun dan telah disertai seramai 18 orang peserta. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Aktiviti ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari. Seperti yang telah direncanakan, seawal jam 9 pagi, mereka sudah berkumpul dan mula mendaftar. Pendaftaran berakhir pada jam 10 pagi. Seterusnya pertandingan melukis poster dimulai dan berlangsung selama lebih kurang 3 jam.

Sememangnya pertandingan melukis poster ini memerlukan kreativiti masing-masing untuk melukis dan seterusnya mewarna lukisan mereka menggunakan pelbagai jenis bahan warna. Sebagai contoh, ada yang menggunakan pensil warna, warna air dan warna lilin. Sepanjang pertandingan melukis poster ini berlangsung, mereka semua kelihatan bersungguh-sungguh. Staff Pi1m juga ada menunjukkan contoh-contoh poster di skrin layar sebagai panduan untuk mereka menyiapkan hasil lukisan mereka. Hadiah menarik juga disediakan kepada para pemenang.

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli PI1M. Di samping itu juga kami berharap agar segala aktiviti yang di jalankan dapat menarik minat terutama kepada yang masih belum menjadi ahli untuk menjadi ahli Pi1M pada masa akan datang. Peserta juga amat gembira dan meminta diadakan pertandingan sebegini lagi di masa akan datang.

 

Gambar penuh : 
https://www.celcom1cbc.com/bukit-tongkat/galeri/2016/09/pertandingan-melukis-poster-2
https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.1294422973902714&type=1