Kisah Kejayaan - Nor Syuhada Binti Ishak

28 September 2016 | Kisah Kejayaan

Nama : Nor Syuhada Binti Ishak

Umur : 29 Tahun

Lokasi : Felda Bukit Tongkat

Pekerjaan : Berniaga Minuman Sejuk ( Brader Kopi )

 

       Puan Nor Syuhada Binti Ishak, 29 tahun, memiliki diploma dalam jurusan perkomputeran di ADTEC, Melaka. Merupakan pengusaha minuman sejuk “Brader Kopi”. Beliau mula berniaga sekitar November 2015 yang lalu. Selain berniaga secara offline, beliau juga memasarkan produk beliau secara online di Instagram. Pengusaha ini bagaimanapun, mengusahakan perniagaan minuman sejuk  beliau dengan bantuan suaminya sahaja tanpa mengambil pekerja yang lain. Hal ini demikian kerana menurut beliau bekerja sendiri lebih selesa jika dibandingkan dengan ada pekerja. Kebiasaanya, mereka akan membuka kios jualan mereka ini seawal 10 pagi sehingga lewat petang.

       Sebut sahaja “Brader Kopi” sudah pastinya ramai yg sudah tahu bahawa beliau mengusahakan minuman yg berasakan pelbagai jenis kopi. Diantaranya termasuklah, Cappuccino, Espresso, Mocha, Latte, Tiramisu serta banyak lagi. Green tea dan Thai tea juga turut dijual oleh beliau. Selain kopi dan teh, perasa buah-buahan juga boleh didapati disini. Sebagai contoh, beliau menjual perasa buah anggur, strawberry, manga,  kiwi, nenas dan sour plum. Lebih teruja lagi, perasa buah markisa juga turut di jual oleh beliau. Namun begitu, pelanggan juga boleh mencampur perasa yang mereka kehendaki. Contohnye, Bluemint Vanilla. Sememang nya, perniagaan beliau telah mendapat sambutan penduduk setempat terutama bagi golongan muda

       Akhir kata, beliau amat bersyukur dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia ini, hal ini kerana beliau lebih mudah mencari maklumat dengan pantas dan berkesan dengan menggunakan Internet. Selain itu, dengan bantuan staff Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, beliau telah belajar membuat logo, senarai menu dan mempromosikan perniagaan beliau melalui internet.