Celik IT : Hajjah Mahani Binti Husain

26 September 2016 | Kisah Kejayaan

Nama : Puan Hajjah Mahani Binti Husain
Umur : 59 Tahun
Pekerjaan : Guru Tabika KEMAS

Puan Hajjah Mahani Binti Husain merupakan seorang guru Tabika KEMAS Felda Ulu Belitong. Beliau telah menjadi guru Tabika KEMAS selama hamper 30 tahun. Sebelum beliau berkhidmat di Tabika KEMAS Felda Ulu Belitong, beliau telah berkhidmat di Tabika KEMAS Felda Bukit Tongkat. Beliau juga merupakan ahli berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat sejak tahun 2011.

Menurutnya, kini peggunaan ICT amat penting dalam tugasan harian beliau sebagai seorang guru Tabika. Boleh dikatakan 90% tugasan memerlukan penggunaan ICT. Menurutnya pihak KEMAS juga mengadakan Bengkel dan kursus kepada guru-guru Tabika KEMAS untuk  mempelajari ICT, tetapi beliau perlu mempelajarinya secara ulangan agar mudah untuk diingati. Oleh itu beliau mengambil inisiatif untuk mengikuti kelas ICT di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat.

Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, beliau kini sudah Berjaya menguasai asas MS Word dan MS Excel. Beliau sudah boleh menaip surat dan membuat rekod data kanak-kanak Tabika KEMAS. Selain itu, beliau juga mempelajari untuk membuat akaun emel supaya memudahkan beliau untuk menghantar laporan melalui email kepada penyelia KEMAS. Dengan bantuan staff Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat juga, beliau mempelajari cara untuk mengemaskini maklumat kanak-kanak tadika di laman web yang telah disediakan.

Selain itu, beliau juga turut menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, seperti mencetak surat dan laporan, laminasi, pengimbas dan sebagainya.Beliau amat bersyukur dengan kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, kerana dapat mempermudah urusan kerja-kerja beliau sebagai seorang guru Tabika KEMAS.