Kisah Kejayaaan - Abdul Ghani Bin Tasliman

26 September 2016 | Kisah Kejayaan

Nama : Abdul Ghani Bin Tasliman

Umur : 34 Tahun

Pekerjaan : Perniagaan Frame Hiasan Dinding

 

En Abdul Ghani Bin Tasliman telah berkecimpung dalam usaha pembuatan frame hiasan dinding sejak tahun 2015. Bermula dengan minat yang dikongsi bersama isterinya, beliau telah menghasilkan beberapa unit frame untuk menghias rumah beliau sendiri. Kemudian hasil kerja beliau telah dikagumi oleh rakan-rakan yang bertandang ke rumah beliau dan bermulalah usaha pembuatan frame ini. Beliau menjadikan usaha pembuatan frame ini sebagai salah satu pendapatan sampingan selain daripada pendapatan tetapnya sebagai seorang guru.

 

Melalui Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, beliau dan isteri telah mempelajari teknik photo editing menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar-gambar untuk penghasilan frame. Oleh itu, semakin kreatif beliau mengolah frame akan dihasilkan olehnya mengikut permintaan pelanggan. Antara frame yang dihasilkan oleh beliau adalah frame khat, khat kufi, gambar keluarga, doa-doa, gambar permandangan dan sebagainya.

 

Selain daripada permintaan daripada rakan-rakan, beliau juga mendapat permintaan untuk menghasilkan frame yang  menarik  untuk hiasan di ruang tamu, ruang makan dan sebagainya daripada pelanggan-pelanggan seluruh Malaysia dengan iklan yang dipasarkan melalui laman Facebook.

 

Akhir kata, beliau amat bersyukur dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat kerana beliau dapat memantapkan perniagaannya melalui medium internet. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat memang sangat diperlukan oleh semua komuniti selain daripada suasana yang selesa dan tenang.