Pertandingan Puzzle Pantas

14 October 2016 |

Jumaat-14 Oktober 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat telah mengadakan satu aktiviti bulanan iaitu Pertandingan Puzzle Pantas. Terdapat dua kategori pertandingan puzzle pada kali ini iaitu secara perseorangan(single) dan secara kumpulan(duo). Pertandingan ini terbuka kepada semua pengguna Pusat Internet 1 Malaysia yang hadir pada hari ini samada ahli atau bukan ahli.



Pada kali ini, aktiviti bermula pada sesi ke dua iaitu dari jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Selapas solat jumaat, para peserta mula berpusu-pusu datang ke Pusat Internet 1 Malaysia dan mendaftarkan diri sebagai peserta cabaran puzzle pantas secara perseorangan mahupun berkumpulan.

Selepas mendengar taklimat daripada staff Pi1M mengenai peraturan permainan puzzle, cabaran puzzle pantas dijalankan secara serentak. Oleh kerana penyertaan yang ramai untuk pertandingan Puzzle secara perseorangan, terdapat dua pusingan dijalankan untuk kategori tersebut. Peserta nyata bersungguh-sungguh untuk menyiapkan cabaran masing-masing.

 Peserta di beri masa selama 40 minit sebagai masa maksimum untuk menyelesaikan puzzle mereka masing-masing. Peserta yang dapat menyiapkan sebelum masa tersebut dengan masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

Semoga dengan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia ini dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang menyertainya dan juga dapat membuka minat kepada ahli-ahli lainnya untuk menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan kelak.

 

Gambar penuh :-

Microsite: https://www.celcom1cbc.com/bukit-tongkat/galeri/2016/10/pertandingan-puzzle-pantas

FB: https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.1324974764180868&type=3