Pertandingan Permainan Tradisional

15 October 2016 | Berita Terkini

Pada hari Sabtu, 15 October 2016 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat telah mengadakan pertandingan permainan tradisional. Antara permainan yang di pertandingkan adalah pertandingan batu Seremban dan congkak.

Pertandingan ini telah disertai seramai 11 orang peserta yang masing-masing berumur lingkungan 7 tahun hingga ke 14 tahun.

Aktiviti ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari. Seperti yang telah direncanakan, jam 9.30 pagi mereka telah berkumpul untuk mendaftar diri masing-masing. Namun begitu, ada juga peserta yang telah hadir lebih awal iaitu seawal jam 9 pagi lagi. Masing-masing sudah tidak sabar hendak memulakan pertandingan. Pendaftaran akhirnya tamat pada jam 10 pagi.

Pertandingan dimulai dengan pertandingan congkak dahulu dan seterusnya batu Seremban. Hal ini demikian kerana, rata-rata peserta yang mengambil bahagian menyertai kedua-dua bahagian dalam pertandingan ini.  Hadiah menarik juga disediakan kepada para pemenang.

​​​​​​​

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan staff PI1M dan ahli-ahli PI1M. Di samping itu juga kami berharap agar segala aktiviti yang di jalankan di PI1m dapat menarik minat terutama kepada yang masih belum menjadi ahli untuk menjadi ahli Pi1M pada masa yang akan datang. Akhir sekali, peserta yang terlibat dalam pertandingan kali ini juga berasa amat gembira dan meminta supaya diadakan lagi pertandingan seperti ini di masa akan datang.

 

Gambar penuh :-

Microsite: https://www.celcom1cbc.com/bukit-tongkat/aktiviti/2016/10/pertandingan-permainan-tradisional

FB: https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.1328345560510455&type=3