Hari Terbuka Pi1M Felda Bukit Tongkat 2016

22 November 2016 | Berita Terkini








RABU - 16 NOVEMBER 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat (PI1M) telah mengadakan Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Tongkat 2016. Mengikut perancangan asal, program hari terbuka ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Tetapi, oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan(hujan) pada sebelah pagi, program bermula agak lewat sedit kerana terpaksa  berpindah daripada PI1M Felda Bukit Tongkat ke Dewan Serbaguna Felda Bukit Tongkat. Walaupun begitu, Senamrobik daripada kumpulan “Mama Angel” dan “Embun Pagi” yang terdiri daripada penerokawati-penerokawati Felda Bukit Tongkat dan Felda Ulu Belitong tetap berjalan dengan jayanya diikuti oleh semua murid-murid dan ibu bapa murid-murid daripada Tabika KEMAS Felda Bukit Tongkat dan Tabika KEMAS Felda Ulu Belitong sebagai pembuka program Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Tongkat 2016. Senamrobik ini berlangsung sehingga jam 9.30 pagi. Selepas itu, peserta dijamu dengan makan dan minum pagi.

     

Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) oleh penceramah jemputan iaitu pengurus PI1M Felda kahang timur, Puan Nurihdayah Binti Ahmad. Taklimat diberikan kepada tetamu yang hadir yang majoriti terdiri daripada ibu,bapa dan penjaga kanak-kanak Tabika. Taklimat pada kali ini menekankan kepada peranan ibu bapa dalam memantau penggunaan ICT anak-anak. Selesai taklimat, terdapat kuiz ringkas berkaitan dengan taklimat yang diberikan sebentar tadi. Serentak dengan taklimat KDB, murid-murid tabika masing-masing telah mengambil tempat untuk memulakan pertandingan mewarna. Mereka diawasi oleh guru-guru serta pembantu Tabika KEMAS masing-masing.

       

Sementara menunggu murid-murid selesai mewarna, program diteruskan lagi dengan pertandingan menghias sandwich kretif. Pertandingan ini disertai oleh ahli senamrobik iaitu kumpulan “Mama Angel” dan juga kumpulan “Embun Pagi”. Pertandingan sandwich Kretif dan mewarna sama-sama berakhir pada jam 11.00 pagi.

Sebelum penyampaian hadiah, Tuan Pengurus Felda Bukit Tongkat, En Abdul Rahin Bin Dasuki telah memberikan ucapan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan program hari terbuka PI1M Felda Bukit Tongkat 2016. Setelah itu, Tuan Pengurus diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan juga pertandingan Deko Sandwich Kretif. Sedikit cenderahati disampaikan kepada Tuan Pengurus atas kesudiannya meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan program seterusnya merasmikan Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat 2016. 
       

Program diteruskan lagi dengan pertandingan Menghias Kek kretif menggunakan butterkrim. Pertandingan ini disertai oleh ibu-ibu murid Tabika dan terdapat empat kumpulan yang dibahagikan mengikut kelas-kelas anak masing-masing. Guru kelas adalah sebagai ketua kumpulan tersebut. Terpancar kegembiraan diwajah para peserta ketika bersama-sama berbincang untuk mnghasilkan hiasan kek yang  terkemas dan menarik. Semua kek yang dihasilkan oleh kesemua kumpulan sangat cantik dan kretif. Pemenang utama diberikan kepada kumpulan daripada Tabika Kemas yang diketuai oleh Puan Hajjah Mahani Binti Husain. Program pada pagi ini berakhir dengan sesi memotong kek yang dihasilkan oleh para ibu-ibu dan juga guru.

         

Program Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Tongkat diteruskan lagi dengan sesi yang kedua. seperti biasa, program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta. 

   

Pada jam 2.30 petang, kuiz "KDB Info Hunter" telah bermula. Semua peserta dikehendaki masuk ke dalam training room secara bergilir iaitu hanya 10 orang sahaja yang boleh memasuki training room dalam satu-satu masa. Mereka seterusnya dikehendaki memahami segala nota-nota yang telah disediakan yang ditampal di dinding. Peserta tidak dibenarkan masuk kembali ke dalam training room setelah mereka keluar. Masing-masing kelihatan tekun memahami nota yang telah disediakan. Satu set soalan KDB diberikan untuk dijawab oleh mereka. Set soalan terdiri daripada pelbagai pilihan jawapan, isi tempat kosong, dan lain-lain lagi. Selain "KDB Info Hunter", terdapat perlawanan congkak yang turut dipertandingkan kepada peserta yang telah selesai menjawab soalan KDB. Kuiz berakhir pada jam 4.30 petang. Staff Pi1M telah menyemak dan pemenang ditentukan dengan markah tertinggi yang diperolehi. Seterusnya, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Terdapat juga cabutan bertuah kepada semua yang hadir. 
     

Pada jam 5 petang, sebelum program berakhir, terdapat acara memotong kek. Semua peserta kelihatan teruja dan gembira dan meminta kami untuk melakukan aktiviti besar seperti ini lagi. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah hadir ke Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Tongkat 2016 pada hari ini, terutamanya kepada Tuan Pengurus Felda Bukit Tongkat, ahli-ahli Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, Murid tabika Kemas Felda Bukit Tongkat dan Felda Ulu Belitong, guru-guru serta pembantu guru tabika, ibu,bapa dan penjaga murid-murid, rakan PI1M daripada Felda Kahang Timur,Puan Nurihdayah Binti Ahmad dan Kahang Barat, Puan Arnida Binti Mohd Ali kerana bersama-sama menjayakan program ini. Ucapan Tahniah kepada semua dan juga kepada Staff Pi1M Felda Bukit Tongkat kerana telah berjaya menyempurnakan Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Tongkat 2016. 
   

Gambar Penuh : 
https://www.celcom1cbc.com/bukit-tongkat/galeri/2016/11/hari-terbuka-pi1m-felda-bukit-tongkat-2016
FB:
https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.1357054790972865&type=1