Kisah Kejayaan - Azizah Binti Hj Amat Rajab

21 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nama : Azizah Binti Hj Amat Rajab

Umur : 56 Tahun

Lokasi : Felda Bukit Tongkat

Pekerjaan : Berniaga makanan dan minuman

       Puan Azizah binti Hj Amat Rajab, 56 tahun, Merupakan pengusaha kedai makanan dan minuman yang beralamat no.111, Jalan Cemara, Felda Bukit Tongkat. Beliau mula berniaga sejak 20 tahun yang lalu. Selain berniaga secara offline, beliau turut memasarkan produk beliau secara online di Facebook. Pengusaha ini bagaimanapun, mengusahakan perniagaan makanan dan minuman beliau dengan bantuan suami dan anak-anak nya sahaja tanpa mengambil pekerja yang lain. Hal ini demikian kerana menurut beliau bekerja sendiri lebih selesa jika dibandingkan dengan mengambil pekerja lain. Kedai ini beroperasi dari jam 10 pagi sehingga ke 10 malam.

                                                                         

          Ramai yang menyangka bahawa kedai makanan dan minuman ini seperti kedai makanan dan minuman yang lain. Tetapi, puan Azizah telah mencipta kelainan pada kedai makannya sendiri. Selain menjual pelbagai jenis nasi goring dan juga mee goring, beliau turut menjual mee bandung, tomyam beraneka sup dan juga keropok lekor cheese kepada pelanggannya. Disamping itu, makanan barat turut dijual oleh beliau. Dari segi minuman pula, beliau turut menjual air batu campur (ABC), cendol, cikong dan pelbagai jenis minuman lagi. Sememang nya, perniagaan beliau telah mendapat sambutan penduduk setempat tidak kira golongan muda mahupon golongan berumur. 

                       

          Akhir kata, beliau amat bersyukur dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia ini, hal ini demikian kerana beliau lebih mudah mencari maklumat dengan pantas dan berkesan dengan menggunakan Internet. Selain itu, dengan bantuan staff Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, beliau telah belajar untuk membuat senarai menu dan mempromosikan perniagaan beliau melalui internet disamping menggunakan perkhitmatan printer di Pusat Internet 1 Malaysia ini.