Sukaneka

26 December 2016 | Berita Terkini

Rabu – 21 Disember 2016 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat telah mengadakan sukaneka. Acara ini dibuka kepada semua ahli PI1M yang berumur dalam linkungan 7 tahun hingga ke 12 tahun. Seramai 24 peserta yang telah hadir. hadiah menarik disediakan kepada pemenang.

     

Mengikut perancangan yang telah ditetapkan, acara bermula pada jam 9 pagi iaitu sesi pendaftaran peserta bermula dan dijangka acara akan berakhir pada jam 1 tengah hari. Namun begitu, atas permintaan sebulat suara peserta yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka ini sendiri, acara telah dimulai pada jam 2:30 petang dan berakhir pada jam 5:30 petang. Hal ini demikian kerana pada sebelah pagi kebanyakan peserta perlu hadir ke kelas tambahan di sekolah mereka. Pada jam 3 petang, selepas masing-masing siap mendaftarkan diri mereka, masing-masing sudah bersiap sedia beratur di dalam kumpulan masing-masing untuk memulakan acara pertama mereka iaitu “Tiup belon, pecahkan dan puzzle pantas”. Peserta perlu meniup belon dan memecahkan belon tersebut. Kemudian, peserta hendaklah berlari ke check point seterusnya untuk menyiapkan puzzle yang telah disediakan.

         

Acara kedua pula adalah “guli dalam sudu”. Peserta dikehendaki untuk memindahkan guli menggunakan mulut mereka melalui sudu yang telah disediakan.Seterusnya ialah acara “getah dan chopstick”. Untuk acara ini, peserta perlu memberi getah menggunakan chopstick tanpa menggunakan tangan mereka kepada ahli kumpulan mereka mengikut turutan dan memasukkan getah tersebut kedalam bekas.

       

Acara diteruskan lagi dengan “gula-gula hunter”. Bagi acara ini, peserta perlu bermain dengan tepung. Dimana mereka perlu mengambil gula-gula di dalam tepung.

    

Untuk acara seterusnya, setiap kumpulan dibekalkan dengan botol dan span. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memenuhkan botol tersebut dengan air menggunakan span yang telah staff PI1M sediakan.

        

      

“bom air power” merupakan permainan terakhir yang menentukan pemenang dimana setiap kumpulan perlu membaling belon yang telah di isi dengan air dan membaling belon tersebut dalam jarang tertentu dan belon tersebut perlulah disambut oleh ahli kumpulan masing-masing.

    

Lebih kurang jam 4:45 petang sesi pengiraan markah bermula, dan disusuli dengan sedikit minuman petang. Sekitar jam 5 petang penyampaian hadiah kepada pemenang. Semua peserta berasa sangat gembira.

   

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan staff PI1M dan ahli-ahli PI1M. Di samping itu juga kami berharap agar segala aktiviti yang di jalankan di PI1m dapat menarik minat terutama kepada yang masih belum menjadi ahli untuk menjadi ahli Pi1M pada masa yang akan datang. Akhir sekali, peserta yang terlibat dalam pertandingan kali ini juga berasa amat gembira dan meminta supaya diadakan lagi pertandingan seperti ini di masa akan datang.

 

Gambar penuh :-

Microsite: https://www.celcom1cbc.com/bukit-tongkat/aktiviti/2016/12/sukaneka

FB: https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.1389507811060896&type=1