Pertandingan Futsal PI1M

16 December 2016 | Berita Terkini

Jumaat-16 Disember 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat telah mengadakan Pertandingan Futsal Pi1M sebagai salah satu aktiviti pada bulan ini. Penyertaan dibuka terhad kepada empat kumpulan sahaja. Pertandingan ini terbuka kepada semua pengguna Pusat Internet 1 Malaysia yang hadir pada hari ini samada ahli atau bukan ahli.

Seawal jam 9.00 pagi, semua peserta yang telah mendaftar awal untuk meyertai pertandingan futsal telah tiba di Pi1M. Sesi pendaftaran bermula sehingga jam 9.15 pagi. Setelah pendaftaran selesai, kesemua peserta di minta untuk bergerak ke gelanggang futsal Felda Bukit Tongkat yang terletal kira-kira 200 meter daripada PI1M Felda Bukit Tongkat.

Satu undian telah dibuat untuk menentukan kumpulan siapa yang akan memulakan pertandingan pada pagi ini.  Setelah itu, kumpulan yang bertanding mengambil tempat masing-masing dan pertandingan terus bermula. Pada pertandingan kali ini, masa pertama berjalan selama 7 minit, rehat seminit dan masa kedua selama 7 minit.

Dua pasukan yang menang akan bertanding semula pada pusingan kedua untuk merebut hadiah tempat pertama dan tempat kedua. Manakana kumpulan yang kalah  juga bertanding untuk menentukan tempat ke tiga dan ke empat.Setelah pertandingan futal tamat, mereka semua berkumpul semula di Pi1M Felda Bukit Tongkat untuk sesi penyerahan hadiah kira-kira pada jam 12.00 tengahari.

Pertandingan futsal Pi1M seperti ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah, malah dapat mempererat hubungan silaturrahim di kalangan peserta. Tambahan pula ini adalah merupakan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah untuk generasi muda kini.

Semoga dengan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia ini dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang menyertainya dan juga dapat membuka minat kepada ahli-ahli lainnya untuk menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan kelak.

Gambar penuh :-
https://www.celcom1cbc.com/bukit-tongkat/galeri/2016/12/pertandingan-futsal-pi1m