Kemudahan Awam

Antara kemudahan awam Felda Bukit Tongkat :
·
Bekalan air bersih
v
Bekalan air bersih dibekalkan
oleh SAJ
·
Bekalan elektrik (TBN)
v
Bekalan elektrik dibekalkan
oleh TNB
·
Jalan raya berturap
v
100% jalan kampung di Felda
Bukit Tongkat sudah berturap & dalam keadaan baik.
·
Balai aktiviti
v
Boleh diguna oleh penduduk
setempat dan juga komuniti untuk mengadakan mesyuarat , kelas agama, kelas bina insan,
ceramah kesihatan, majlis persaraan, kelas tuisyen dan sebagainya.
·
Dewan serbaguna
v
Digunakan untuk latihan
badminton oleh belia-belia, j-robik dan juga pelbagai majlis seperti
perkahwinan, persaraan, hari peneroka dan sebagainya.
·
Gelanggang Futsal & Gelanggang
Gasing
v Disediakan oleh pihak felda bagi menyokong minat golongan muda terhadap
sukan.
·
Taman Selesa(Taman permainan)
v Disediakan oleh pihak felda untuk kanak-kanak beriadah. Terdapat
gelongsor, buaian dan jongkang-jongket yang boleh digunakan.
·
Kedai runcit & Kedai makan
v
Disediakan oleh pihak felda
untuk penduduk berniaga dan memenuhi keperluan penduduk felda.
·
Stesen minyak (Petron) Felda
Bukit Tongkat
v
Memudahkan penduduk sekitar
untuk mengisi petrol tanpa pergi ke bandar yang terletak kira-kira 30KM
daripada kawasan felda.
·
Masjid An-Naim
v
Masjid merupakan tempat untuk
beribadah untuk semua penduduk yang 100% beragama Islam. Selain itu, pelbagai
aktiviti keagamaan diadakan di sini seperti sambutan maulidurrasul, ceramah dan
lain-lain lagi.
·
Klinik Kesihatan
v
Semua penduduk boleh
mendapatkan pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan, termasuk pergigian dan juga
klinik ibu mengandung.
·
Mesin ATM (Maybank)
v
Memudahkan penduduk sekitar
untuk mengeluarkan wang daripada ATM tanpa pergi ke bandar yang terletak
kira-kira 30KM daripada kawasan felda.
Selain itu juga,terdapat beberapa buah sekolah di sekitar Felda Bukit Tongkat iaitu
·
Sekolah Kebangsaan LKTP Belitong
·
Sekolah Menengah LKTP Belitong
·
Sekolah Agama Felda Ulu Belitong
·
Sekolah Kebangsaan Bukit Tongkat