Pendidikan

 PENDIDIKAN DI  FELDA BUKIT TONGKAT

1. TABIKA KEMAS 

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.


Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak


2. SEKOLAH RENDAH

    LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah ini dirancang pembinaanya bermula pada 19 Jun 2000 yang bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di kawasan dua rancangan Felda Bukit Tongkat dan Felda Ulu Belitong dan kawasan persekitarannya seperti Kilang Sawit Ulu belitong, Ladang Sindora dan Kilang Sawit Sindora, Ladang Tabung Haji, Taman Seri Lambak dan kawasan yang berdekatan. Tambahan pula usaha Menteri Pendidikan ingin mewujudkan sekolah satu sesi. Buat masa sekarang pelajar tersebut belajar di SK LKTP Belitong dengan anggaran pelajar seramai 1650 orang.


Pada mulanya sekolah ini akan beroperasi pada 1 Januari 2000 tetapi atas  sebab teknikal ianya ditangguhkan dan tetap dibuka secara rasminya pada 1 April 2002 dan dari bulan Januari hingga Mac murid-murid SK Bukit Tongkat menumpang di SK LKTP Belitong di sessi petang. Jumlah keseluruhan murid pada masa di buka ialah seramai 516 orang dengan 15 buah kelas dari tahun 1 hingga 5. Sementara guru-guru yang mengajar di SK Bukit Tongkat adalah seramai 23 orang dan 3 orang staf sokongan yang diketuai oleh seorang penyelaras.


3. SEKOLAH MENENGAH

    LATAR BELAKANG SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP BELITONG terletak di kawasan Felda Ulu Belitong dalam daerah Kluang, Johor. Jarak sekolah dari Bandar Kluang kira-kira 25 kilometer. Jalan utama untuk ke sekolah ini dari Kluang ialah melalui jalan menghala ke Kota Tinggi, manakala dari Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi mestilah memilih jalan menghala ke Kluang melalui Bandar Tenggara. Keluasan keseluruhan kawasan sekolah ini kira-kira 15.9 ekar, mengandungi 5 buah blok bangunan 3 tingkat, makmal komputer, surau, rumah hijau dan stadium mini. Pelajar sekolah ini terdiri dari penduduk kawasan sekitar perkampungan Felda Ulu Belitong, Felda Bukit Tongkat, Felda Ulu Pengeli, Ladang Sindora dan Ladang Tabung Haji.


 4. SEKOLAH AGAMA

   

Pada tahun 2003, sekolah agama telah diwujudkan yang diberi nama Sekolah Agama Bukit Tongkat. Antara bangunan dan prasarana yang boleh digunapakai oleh pihak sekolah Agama ialah :


Bilik Darjah : 9 buah kelas dan ditambah sebuah lagi pada tahun 2007.


Pejabat / Bilik Guru : Sebuah bilik untuk pengurusan sekolah pada tahun 2006.


Surau : Pihak sekolah kebangsaan telah menyediakan sebuah surau bagi memudahkan pelajar-pelajar melaksanakan solat dan aktiviti-aktiviti keagamaan.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.