Latar Belakang :
Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Bukit Tongkat telah ditubuhkan dan memulakan operasinya pada 3 May 2010. Pusat Internet Komuniti atau dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama oleh pihak Celcom Axiata Berhad dan NuSuara Technologies Sdn Bhd. Projek ini dilancarkan dengan memberi fokus utama untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti dan mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer / internet dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.
Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Tongkat menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya penggunaan komputer dan internet (berkelajuan tinggi), Wi-fi, cetak/printing, imbas/scan, laminasi, kelas komputer dan upah menaip. Selain itu Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Tongkat mengadakan pelbagai aktiviti setiap bulan bagi menarik minat komuniti untuk menggunakan kemudahan sedia ada di PIK Felda Bukit Tongkat dengan lebih bermanfaat.
Waktu Operasi :
Hari : Setiap hari
Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang
Tutup : Cuti Umum
Latar belakang Felda Bukit Tongkat :
Felda Bukit Tongkat merupakan sebuah kawasan felda yang terletak di daerah Kluang, Johor. Jarak felda ini ke Bandar Kluang adalah sejauh 25 km. Peringkat permulaan rancangan ini dibangunkan di bawah Sistem Saham. Kawasan perkampungan di bahagikan kepada 16 blok.Manakala pendapatan peneroka bergantung kepada kehadiran mereka berkerja dan peneroka dapat menjalani sistem saham bermula pada April 1987 sehingga Julai 1989. Sistem saham telah dimansuhkan dan digantikan dengan system hak milik individu pada Ogos 1989. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
LOKASI
Mukim: Rengam
Daerah: Kluang
Negeri: Johor Darul Takzim
Bandar/ Pekan Terdekat: Kluang& Bandar Tenggara.
PROFIL MUKIM
Keluasan: 97.86 hektar
Bilangan Penduduk: 2,850 orang.
Bangsa: Melayu (100 %)
Pengurus : Mohd Hafizi Bin Harun
Alamat : Pejabat Felda Bukit Tongkat, Jalan Anggerik, 86000 Kluang Johor.
Penghulu: Md. Yasa Bin Awi Ba
Alamat Penghulu: Bangunan JKKR Felda Bukit Tongkat, Jalan Anggerik, 86000 Kluang Johor.
POPULASI
Majoriti penduduk yang menetap di Felda Bukit Tongkat adalah kaum Melayu yang dianggarkan berjumlah 2,850 orang penduduk. Salah satu amalan yang sememangnya tidak pernah dilupakan oleh penduduk kampung ini adalah amalan bergotong-royong.Walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan harian, amalan bergotong-royong masih lagi diteruskan seperti membersihkan kawasan perkuburan, masjid dan kawasan sekitar kampung.Aktiviti yang melibatkan penduduk kampung seperti ini banyak menyumbang ke arah pembangunan di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.
Lokasi | |
UST Area | |
Daerah | |
Negeri | Johor Darul Takzim |
Populasi | |
Aktiviti Ekonomi Utama | Ladang Sawit, Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Ikan air tawar, Rusa, Lembu & Kambing) |
Jumlah Keahlian | |
Lat/Long PI1M | 1.947777 , 103.471562 |
Teknologi | Hub & Spoke – Microwave |
Permberi Perkhidmatan | Celcom Axiata Berhad |
Tarikh Bermula Beroperasi | |
Maklumat Pengurusan PI1M | Pengurus Name: Siti hafiza Nadiah Binti Mat Ladzin Email: sitihafiza@celcom1cbc.com No Telefon: 014-9309767 Penolong Pengurus Nama: Rozelina Binti Abd Razak Email: rozelina@celcom1cbc.com No Telefon: 017-7374296 |
Website | http://www.celcom1cbc.com/bukit-tongkat |
- Log Masuk
- Daftar Akaun Baru