Berita Terkini

Program Kesihatan Dan Pertandingan Mewarna bersama Pelajar Universiti Malaya

21 February 2017 | Berita Terkini

Pada 18 Februari 2017 - Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah diberi kesempatan untuk turut sama menyertai Program Kesihatan Dan Pertandingan Mewarna bersama Pelajar Universiti Malaya. Program ini merupakan anjuran Universiti Malaya. Ia dibantu oleh Pejabat Felda, Gabungan Persatuan Wanita, Jawatankuasa Kemajuan Rancangan dan Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping. Pihak Pusat Internet diberi kepercayaan untuk menyampaikan dan membuat hebahan program melalui online. Pihak Universiti Malaya juga meminta pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping untuk menyediakan peserta seramai mungkin dalam menjayakan program ini. Antara hebahan yang telah... read more

Program Larian 1000 Langkah @ KDB

21 February 2017 | Berita Terkini

18 Februari 2017 - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah terpilih untuk menganjurkan Program Larian 1000 Langkah @ KDB. Program ini melibatkan Pejabat Felda Chuping, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping, Kami Anak Felda (KAF), Majlis Belia Felda (MBFM) Felda Chuping dan pelajar sekolah. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Seramai 60 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan umur. Program bermula dengan taklimat ringkas mengenai larian 1000 langkah. Taklimat disampaikan oleh Pn jamilah Binti Abu Hasan selaku wakil Kami Anak Felda... read more

Jalinan Kasih Siri 1

14 February 2017 | Berita Terkini

11 Februari 2017 - Pejabat Felda Chuping dengan kerjasama Gabungan Persatuan Wanita Felda Chuping telah menajalankan Program Jalinan Kasih Siri 1. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping turut sama menjayakan program ini. Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Felda Chuping iaitu En  Antara objektif program ini diadakan adalah untuk 1. Membantu golongan penerokawati yang kurang sihat. 2. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan sakit yang ditanggung oleh mereka.  3. Mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. 4. Membantu memberi sumbangan dan mengumbangkan idea - idea untuk mendapatkan bantuan seperti kaki palsu, kos pembedahan dan sebagainya. Sumbangan disampaikan oleh Pengurus... read more

Alfishah Binti Ahmad Usahawan Serba Boleh

09 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Alfishah Binti Ahmad Umur: 39 Tahun Pekerjaan: Berniaga (Usahawan Serba Boleh) Barang Perniagaan : Makanan, Kuih Muih, Kuih Raya dan Hantaran Jantina : Perempuan Lokasi Perniagaan : Di Rumah Sendiri Alamat Perniagaan : Blok 14, Felda Chuping, 02500 Chuping, Perlis. Facebook : https://www.facebook.com/fishah.ahmad Whatsapp : 0174086537 Alfishah Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai "Kak Fishah" merupakan salah seorang usahawan berjaya. Ibu kepada 1 orang anak ini memilih untuk menjadi surirumah sejak beliau mendidikan rumahtangga dengan pasangannya. Walaupun menjadi surirumah, ini bukan penghalang untuk beliau menjana pendapatan sendiri. Bagi beliau, menerima setiap tempahan melalui online sangat menguntungkan. Hal ini kerana, beliau hanya membuat produk yang... read more

Adobe Flash Workshop

09 February 2017 | Berita Terkini

4 Februari 2017 -Bertempat di Bilik Training, Pusat Internet 1 Malaysia Beseri,telah berlangsung Bengkel Adobe Flash Workshop. Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet 1 Malaysia Beseri, Pusat Internet 1 Malaysia Sena dan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Seramai 13 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan umur. Bengkel ini diajar oleh pelajar jurusan multimedia dari Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu En. Abdul Syafiq Bin Bahrin. Antara fungsi – fungsi Adobe Flash yang diperkenalkan... read more

Azahari dan kembarnya Mengambil Alih Perniagaan Keluarga

03 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Azahari Bin Che Abdullah Umur: 31 Tahun Pekerjaan: Menternak, Menjual Lembu dan Kerbau Barang Perniagaan : Daging Lembu dan Kerbau Jantina : Lelaki Lokasi Perniagaan : Di Rumah Sendiri Alamat Perniagaan : Blok 5, Felda Chuping, 02500 Chuping, Perlis. Facebook : https://www.facebook.com/azhari.c.abdullah   En Azahari dan En Azhar merupakan salah seorang usahawan Felda Chuping yang berjaya dalam bidang penternakan Lembu dan Kerbau. Pelbagai ujian cabaran telah mereka tempuh bagi membuktikan bahawa tanpa usaha dan sikap dedikasi sukar untuk mencapai kejayaan. Mereka mengambil alih perniagaan ini dari arwan bapa mereka sendiri. AAFC Teguh Enterprise pada awalnya merupakan sebuah perniagaan keluarga yang... read more

Pengenalan Komponen Asas Komputer @ KDB

27 January 2017 | Berita Terkini

20 Januari 2017 - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah mengadakan program Pengenalan Komponen Asas Komputer @ Klik Dengan Bijak. Program ini adalah kerjasama antara Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping dengan Taman Asuhan Kanak - Kanak (TASKA) Felda Chuping. Seramai 25 orang pengunjung hadir pada hari tersebut bagi menjayakan program ini. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Kesemua yang hadir pada program ini adalah pelajar dalam kalangan umur antara 3 tahun sehingga 4 tahun. Mereka diiringi oleh 3 orang guru penasihat. Melalui program ini, mereka didedahkan dengan kebaikan menggunakan internet... read more

Program Santai @ PI1M

27 January 2017 | Berita Terkini

20 Januari 2017 - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah mengadakan Program Santai @ PI1M. Program ini khas untuk pengunjung yang hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping pada hari tersebut. Seramai 25 orang pengunjung hadir pada hari tersebut bagi menjayakan program ini. Mereka terdiri daripada 10 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Kesemua yang hadir pada program ini adalah pelajar dalam kalangan umur antara 7 tahun sehingga 17 tahun. Antara pengisian program adalah Taklimat Klik Dengan Bijak. Kesemua pengunjung yang hadir diberi taklimat ringkas penggunaan internet secara berhemah. Melalui... read more

Zafirah Bin Zulkifli - Usahawan Online

19 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama :Zafirah Bin Zulkifli Umur: 31 Tahun Pekerjaan: Berniaga Secara Online Barang Perniagaan : Tudung , Baju, Pewangi Facebook : https://www.facebook.com/zafirah.afindihafiy Jantina : Perempuan Lokasi Perniagaan : Di Rumah Sendiri Alamat Perniagaan : 288 Blok 16, Felda Chuping, 02500 Chuping, Perlis.   Zafirah Binti Zulkifli atau lebih dikenali sebagai "Irah" merupakan salah seorang usahawan online berjaya. Ibu kepada 2 orang anak ini memilih untuk menjadi surirumah sejak beliau mendidikan rumahtangga dengan pasangannya. Walaupun menjadi surirumah, ini bukan penghalang untuk beliau menjana pendapatan sendiri. Bagi Irah, perniagaan secara online amat mudah dan boleh di buat di mana - mana sahaja. Disamping itu, dengan... read more

Bengkel Pembelajaran Cuti Sekolah

20 December 2016 | Berita Terkini

Disember 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembelajaran Cuti Sekolah. Bengkel ini sepanjang Disember 2016. Program ini di adakan di dalam Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping. Seramai 35 orang pelajar telah menyertai program ini mengikut sesi berikut : A) 4,5 dan 6 Tahun - Setiap Sabtu (10.30 pagi - 12.30 tengahari) B) Tahap 1 (Bahasa Malaysia) - Setiap Rabu (10.30 pagi - 12.30 tengahari) C) Tahap 1 (Matematik) - Setiap Rabu (3.00 Petang - 5.00 Petang) D) Tahap 2 (Bahasa Malaysia) - Setiap Khamis (10.30 pagi - 12.30 tengahari) E) Tahap 2 (Sains) -... read more