Program Pemantapan ICT

25 October 2016 | Berita Terkini

6,13,20 dan 27 Oktober -  Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping telah memberi kepercayaan penuh kepada Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping untuk membantu pihak sekolah bagi melatih pelajar tahun 6 untuk mahir menggunakan komputer.

Sehubungan dengan itu pelbagai aktiviti telah dirancang. Antaranya :

1).6 Oktober 2016 - Pengenalan Komputer, perkakasan komputer, Taklimat Klik Dengan Bijak

2).17 Oktober 2016 - Keyboarding, Microsoft Office Word

3).20 Oktober 2016 - Pembelajaran Interactive Melalui Internet, Akur Janji

4). 27 Oktober 2016 - Latihan Dalam Kumpulan

Seramai 35 orang pelajar telah mengikuti program ini. Melalui program ini mereka telah dipecahkan kepada 4 kumpulan. Ini bagi memudahkan kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping membuat tinjauan terhadap pelajar.

 

Objektif utama program ini dirancang adalah :

1.Memberi pendedahan awal kepada pelajar sebelum melangkah ke alam sekolah

2.Menjalinkan kerjasama antara Pusat Internet 1 Malaysia Felda chuping dengan Pihak Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping.

3. Memberi pendedahan asas akan kepentingan internet untuk kehidupan

4. Memupuk nilai-nilai dan etika penggunaan internet secara berhemah dan bertanggungjawab demi kemajuan negara.

Pihak sekolah amat berpuas hati dengan perancangan yang diatur oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia. Mereka amat berharap program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

 

 

Klik pada pautan berikut untuk akses penuh gambar berikut:

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/10/program-pemantapan-ict