Advokasi @ SK Felda Mata Ayer

25 October 2016 | Berita Terkini

25 Oktober 2016 -  Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Perlis Utara telah bergabung bagi menjayakan Program advokasi khas untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Mata Ayer. Program ini melibatkan semua pelajar tahap 2 yang terdiri daripada pelajar tahun 4,5 dan 6.

Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Perlis Utara yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah:

1. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping, 

2. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Ayer

3. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Rimba Mas

4. Pusat Internet 1 Malaysia PPR Beseri

5. Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tangga

Seramai 60 orang pelajar di dedahkan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak. Tajuk taklimat pada kali ini ialah 'Internet Dihujung Jari'. Ia bertujuan bagi melahirkan pelajar yang beretika dalam menggunakan internet. Selain itu jua, ia menyarankan pelajar agar menjaga dan melindungi maklumat penting agar tidak terdedah kepada mengsa buli dan penipuan di internet. 

Selain dari taklimat Klik Dengan Bijak, mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan - tugasan yang diberikan. Mereka dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet. Setelah selesai tugasan yang diberikan, mereka perlu membentangkan tugasan tersebut.

Kesempatan dengan ini juga, pihak Pusat Internet juga turut mempromosikan kempen E-Waste. Kempen ini adalah bertujuan untuk mengumpul semua telipfon yang rosak dan tidak digunakan lagi bagi mengitar semula secara yang lebih berhemah. Kitar semula dengan cara yang baik amat penting bagi menjaga alam sekitar kita yang semakin tercemar. Program ini merupakan salah satu anisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengurangkan masalah pencemaran bahan radioaktif yang terdapat di dalam telifon. Bahan ini juga sukar untuk dilupuskan.

Sebelum majlis penyampaian hadiah, semua pelajar yang hadir dikehendaki membuat akur janji. Akur janji ini melibatkan perjanjian pelajar semasa melayari internet. Beberapa etika perlu di rahsiakan ketika melayari internet.

Semoga dengan kolaberasi aktiviti seperti ini dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dan mampu memimpin negara ke arah mercu kejayaan.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses penuh gambar berikut:

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/10/advokasi--sk-felda-mata-ayer