Bengkel Aplikasi Dan Robotik

26 October 2016 | Berita Terkini

22 Oktober 2016 - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Wilayah Utara telah berjaya menganjurkan Bengkel Aplikasi Dan Robotik. Bengkel ini telah dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Ayer. Antara Pusat Internet 1 Malaysia yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah :

1. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Ayer

2. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping

3. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Rimba Mas

4. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga

5. Pusat Internet Padang Besar Selatan (Maxis)

6. Pusat Internet PRA Arau (Maxis)

7.Pusat Internet Kuala Perlis (Maxis)

Seramai 26 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti program ini. Mereka terdiri dari pelajar yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Pemilihan dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar itu sendiri. Dari jumlah itu, seramai 6 orang pelajar merupakan wakil dari Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping.

Di dalam program ini, pelajar di ajar teknik mencipta robot. Semua kelengkapan untuk mencipta robot telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Setelah penerangan selesai, pelajar dibahagi kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan perlu memasang robot yang disediakan.

Selesai proses pemasangan robot, pelajar di ajar untuk menggerakkan robot. Bagi menggerakkan robot, pelajar perlu menggunakan komputer yang mana telah diprogramkan dengan aplikasi tersebut. 

Bagi kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan paling cepat, mereka diberi hadiah berupa :

Tempat Pertama - RM 250.00 dan bunga

Tempat Kedua - RM 200.00 dan bunga

Tempat Ketiga - RM 150.00 dan bunga

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 6.00 petang dengan jayanya. Semua pelajar amat berpuas hati sepanjang program berlangsung. Semua pelajar mendapat sijil penyertaan.

 

Klik Pautan di bawah untuk melihat gambar selanjutnya :

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/10/bengkel-aplikasi-dan-robotik