Bubur Asyura

26 October 2016 | Berita Terkini

21 Oktober 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah berjaya mengadakan Program Mengacau Bubur Asyura. Program ini dibuat di Kafe Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping. Program ini adalah anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping bersama Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Felda Chuping dan ahli - ahli Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping.

Seramai 20 orang terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 2.30 petang. Objektif program ini dibuat adalah untuk merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Selain itu juga, program ini mampu mengeratkan hubungan antara Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping besama ahli - ahlinya.

Sebanyak 100 bungkus bubur asyura telah berjaya dibungkus. Bubur tersebut diedarkan kepada ahli - ahli jemaah masjid. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia amat berharap program seperti ini dapat dijadikan sebagai program tahunan di sini.

 

Klik pautan dibawan untuk melihat gambar :

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/10/bubur-asyura