MYkif Fasa 4 : Perlis

10 November 2016 | Berita Terkini

5 November 2016 -  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Wilayah Utara telah berjaya menganjurkan Bengkel MYkif Fasa 4 : Perlis. Bengkel ini telah dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang, Simpang Empat Perlis. Antara Pusat Internet 1 Malaysia yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah :

1. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Ayer

2. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping

3. Pusat Internet Padang Besar Selatan (Maxis)

4. Pusat Internet PRA Arau (Maxis)

5.Pusat Internet Kuala Perlis (Maxis)

Seramai 45 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti program ini. Mereka terdiri dari pelajar yang berumur antara 13 hingga 45 tahun. Peserta terdiri dari pelajar sekolah, pelajar dari pendidikan tinggi, kakitangan kerajaan, pekerja swasta dan penganggur. Dari jumlah itu, seramai 9 orang pelajar merupakan wakil dari Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping.

Di dalam program ini, pelajar di ajar teknik menghasilkan video. Semua kelengkapan untuk menghasilkan video telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Setelah penerangan selesai, pelajar dibahagi kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan perlu menghasilkan video mengikut kreativiti kumpulan masing - masing.

Sebelum video dihasilkan para peserta di kehendaki menghasilkan draf (pra produksi) terlebih dahulu. Setelah berpuas hati dengan draf yang dihasilkan, baru peserta boleh mengadakan sesi pengambaran. Bagi sesi pengambaran, para peserta perlu mengambil seberapa banyak gambar atau video agar memudahkan kerja semasa sesi 'editing' nanti. Selesai sesi pengambaran, para peserta perlu membuat 'editing'. Melalui sesi 'editing' peserta perlu memastikan video yang dipilih adalah yang terbaik.

Bagi kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan paling cepat, mereka diberi hadiah berupa :

Tempat Pertama - RM 350.00 dan sijil

Tempat Kedua - RM 300.00 dan sijil

Tempat Ketiga - RM 250.00 dan sijil

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 6.00 petang dengan jayanya. Semua pelajar amat berpuas hati sepanjang program berlangsung. Semua pelajar mendapat sijil penyertaan.

 

Klik Pautan di bawah untuk melihat gambar selanjutnya :

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/11/mykif-fasa-4--perlis