Explorace ICT

10 November 2016 | Berita Terkini

3 November 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah berjaya menganjurkan Program Explorace ICT. Program ini dibuat khas kepada pelajar tahun 6 dari Sekolah Rendah LKTP Chuping, Perlis. Aktiviti ini telah berjaya menarik minat seramai 30 orang peserta , 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang :

1.Bersedia bekerjasama dalam kumpulan

2. Menjadikan internet sebagai medan rujukan

3. Bijak menggunakan kemudahan yang sediada

Melalui program ini, pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan dan mereka diberi tugasan di dalam kumpulan mengikut susunan yang berbeza. Antara tugasan yang diberikan adalah:

1. Menggunakan Aplikasi google translate untuk mencari maksud perkataan

2. Menggunakan aplikasi http://typingtestnow.com/ untuk menaip mengikut masa yang ditetapkan

3. Mengetahui simbol - simbol dan kegunaannya

4. Menyelesaikan soalan yang diberikan

Kesemua peserta berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut arahan yang diberikan.

Pihak sekolah amat berpuas hati dengan perancangan yang diatur oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia. Mereka amat berharap program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

 

 

Klik pada pautan berikut untuk akses penuh gambar berikut:

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/11/explorace-ict