advokasi KDB @SK Islam 11 Felda Mata Ayer

18 November 2016 | Berita Terkini

15 November 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Perlis Utara telah bergabung bagi menjayakan Program advokasi khas untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Islam 11, Felda Mata Ayer. Program ini melibatkan semua pelajar tahap 2 yang terdiri daripada pelajar tahun 4,5 dan 6.

 

Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Perlis Utara yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah:

1. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping, 

2. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Ayer

3. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Rimba Mas

4. Pusat Internet 1 Malaysia PPR Sena

5. Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tangga

Seramai 60 orang pelajar di dedahkan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak. Tajuk taklimat pada kali ini ialah 'Internet Dihujung Jari'. Ia bertujuan bagi melahirkan pelajar yang beretika dalam menggunakan internet. Selain itu jua, ia menyarankan pelajar agar menjaga dan melindungi maklumat penting agar tidak terdedah kepada mengsa buli dan penipuan di internet. 

Selain dari taklimat Klik Dengan Bijak, mereka dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan - tugasan yang diberikan. Mereka dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet. Setelah selesai tugasan yang diberikan, mereka perlu membentangkan tugasan tersebut.

Sebelum majlis penyampaian hadiah, semua pelajar yang hadir dikehendaki membuat akur janji. Akur janji ini melibatkan perjanjian pelajar semasa melayari internet. Beberapa etika perlu di rahsiakan ketika melayari internet. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia amat berharap program seperti ini dapat mencapai objektif yang sebenar iaitu kesedaran pengguna terhadap bahaya internet. Pihak kami juga amat berharap agar pelajar lebih berhati - hati ketika melayari internet.

Semoga dengan kolaberasi aktiviti seperti ini dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dan mampu memimpin negara ke arah mercu kejayaan.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses penuh gambar berikut:

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/11/advokasi--sk-islam-11