Bengkel Usahawan

08 December 2016 | Berita Terkini

Disember 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah mengadakan Bengkel Usahawan. Bengkel ini diadakan khas untuk usahawan dan bakal - bakal usahawan Felda Chuping. Semua modul - modul pembelajaran diambil sepenuhnya dari Modul Intel Trainning. Program ini diadakan setiap Selasa dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari sepanjang bulan Disember 2016.

Antara objektif program ini diadakan :

1. Menggalakkan pelajar menjadi usahawan

2. Menggalakkan usahawan yang sediada untuk mempromosikan produk perniagaan secara online

3. Menggalakkan bakal - bakal usahawan untuk membuat pelan awal perniagaan

4. Menggalakkan usahawan untuk merancang strategi pemasaran bagi meningkatkan hasil jualan

Antara pengisian program adalah : 

1)6 Disember 2016 (Skype) - Pelajar diajar untuk mengongsi idea perniagaan dengan orang lain melalui skype. 

2)13 Disember 2016 (Intel - Lembaran Kos Pemasaran) - Mengajar usahawan untuk mencipta Lembaran Kos Permulaan untuk idea perniagaan bagi membantu mengenalpasti dan merancang kos permulaan.

3)20 Disember 2016 (Intel - Pemasaran) -  Peserta boleh mencipta pembentangan multimedia untuk pelan pemasaran yang akan dijalankan dan memaklumkan kepada orang ramai tentang maklumat pemasaran serta langkah yang diambil untuk mencapainya.

Pihak Pusat Internet 1 Malaysia amat berharap dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada peserta yang hadir untuk menjadikan teknologi yang ada sebagai kemudahan yang boleh membantu meningkatkan hasil jualan. Pihak pusat internet juga amat berharap dengan adanya program seperti ini secara wqtidak langsung dapat melahirkan bakal - bakal usahawan yang kreatif dan sentiasa berdaya saing.

 

Klik Pautan di bawah untuk melihat gambar selanjutnya :

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2017/01/bengkel-usahawan