Sayangi PI1M Kita

14 December 2016 | Berita Terkini

13 Disember 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping telah mengadakan Program Sayangi PI1M Kita. Program ini telah berjaya melibatkan 20 orang pengunjung Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menceriakan kawasan luar Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping. Sebanyak 12 pasu di tanam dengan pelbagai jenis pokok pada program kali ini. Antara pokok yang ditanam adalah pokok puding, pokok kertas dan sebagainya. Selain itu juga, melalui program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping dengan pengunjungnya.

Turut hadir menjayakan program ini adalah kakitangan Felda Chuping iaitu Cik Fariehah dan Mohamad Azrul Bin Muhammad. Kesempatan dengan ini juga, mereka turut memberi cadangan dan pendapat bagi menceriakan kawasan sekitar luar Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping.

Pihak Pusat Internet 1 Malaysia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini

 

Klik pada pautan berikut untuk akses penuh gambar berikut:

https://www.celcom1cbc.com/chuping/galeri/2016/12/sayangi-pi1m-kita