Bengkel Pembelajaran Cuti Sekolah

20 December 2016 | Berita Terkini

Disember 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembelajaran Cuti Sekolah. Bengkel ini sepanjang Disember 2016. Program ini di adakan di dalam Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping.

Seramai 35 orang pelajar telah menyertai program ini mengikut sesi berikut :

A) 4,5 dan 6 Tahun - Setiap Sabtu (10.30 pagi - 12.30 tengahari)

B) Tahap 1 (Bahasa Malaysia) - Setiap Rabu (10.30 pagi - 12.30 tengahari)

C) Tahap 1 (Matematik) - Setiap Rabu (3.00 Petang - 5.00 Petang)

D) Tahap 2 (Bahasa Malaysia) - Setiap Khamis (10.30 pagi - 12.30 tengahari)

E) Tahap 2 (Sains) - Setiap Khamis (3.00 Petang - 5.00 Petang)

Objektif program ini diadakan adakah untuk:

1. Memberi persiapan awal ke alam persekolahan bagi sesi 2017. Hal ini kerana semua modul yang disediakan oleh pihak pusat internet adalah untuk sesi 2017. 

2. Bagi mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah. Dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung dapat mengisi masa cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

3. Melatih pelajar menggunakan kemudahan internet yang disediakan sebagai alat bantuan utama untuk belajar. Hal ini kerana dengan menggunakan kemudahan internet, pembelajaran lebih berkesan dan berkualiti.

4. Menarik minat bakal - bakal pelajar ( 4,5 & 6 tahun) tahun untuk ke sekolah.

Bagi menarik minat pelajar, semua latihan, soalan, permainan dan nota diambil sepenuhnya menggunakan internet. Antara aplikasi yang digunakan sepanjang Bengkel Pembelajaran Cuti Sekolah ini adalah :

a) Youtube

b) Google Image

c) Google Search

d) Microsoft Office

e) AbcYa

f) ZoomA dan sebagainya

Semua ibubapa yang menghantar anak - anak ke Bengkel Pembelajaran Cuti Sekolah berpuas hati dengan penganjuran program ini. Mereka amat berharap program seperti ini dapat diadakan dari masa ke semasa. Banyak ilmu yang dapat diperolehi sepanjang program ini diadakan.

Pihak Pusat Internet 1 Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang telah menghantar anak - anak mereka untuk mengikuti program ini.