Maklumat Tempatan


    Felda Chuping dahulunya sinonim dengan Felda Tebu merupakan salah sebuah rancangan kerajaan untuk membantu golongan melayu untuk sama – sama membangunkan sesebuah tanah.


Photo

Ladang tebu Chuping menjanjikan pemandangan indah yang menghijau saujana mata memandang


  Felda Chuping telah ditubuhkan pada tahun 1977. Seramai 447 orang peneroka telah menetap di tanah rancangan ini. Pada tahun itu, tanaman utama Felda Chuping adalah tebu.


  Namun masa telah berlalu, kini Felda Chuping telah menjadikan getah dan kelapa sawit sebagai tanaman utama. Kebanyakkan peneroka di sini menjalankan aktiviti pertanian seperti menoreh getah dan menaman sayur. Selain itu di sini juga terdapat ramai pengusaha kecil-kecilan seperti pengusaha kedai makan, pengusaha kedai runcit, pengusaha makanan tradisi dan sebagainya.


Di anggarkan seramai 2,335 orang penduduk adalah penduduk tetap di sini. Mereka terdiri daripada peneroka, generasi kedua dan generasi ketiga Felda Chuping.


Politik Felda Chuping


Felda Chuping terletak di negeri Perlis. 


Menteri Besar Perlis


Photo

YAB DATO' SERI AZLAN BIN MAN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) CHUPING



YB PUAN ASMAIZA BINTI AHMAD


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.