Pelancongan & Rekreasi

Tempat Menarik


BUKIT JERNIH


Photo

Suasana yang nyaman menjadikan lokasi ini sesuai sebagai tempat perkelahan


Bukit Jernih merupakan salah satu tempat rekreasi yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari Felda Chuping. Terletak di kawasan Batu Bertangkup, Bukit Jernih agak tersorok kerana lokasinyanya yang agak terpencil dan berada di kaki bukit. Walaupun begitu, lokasi ini tetap menjadi tumpuan pelancong dan keluarga untuk berkelah terutamanya di musim cuti sekolah. Kepelbagaian flora dan fauna juga turut menjadi daya tarikan kepada pengunjung dari luar untuk berkunjung ke Bukit Jernih.


Photo

Kepelbagaian fauna menjadi antara faktor tarikan pengunjung


FELDA CHUPING


Felda Chuping merupakan laluan utama ke Padang Besar menjadi punca utama kehadiran pelancong dari luar. Pemandangan ketika musim luruh menjadikan Felda Chuping seperti berada di luar negara. Selain itu, banyak tempat yang menarik di Felda Chuping. Kemudahan seperti litar perlumbaan Cup Prix juga mampu menarik orang luar untuk mencuba sendiri aktiviti lasak ini dengan laluan yang agak mencabar. Kedudukan muka bumi di sekitar ladang tebu Chuping yang berbukit bukau telah menarik minat pelumba rally. Setiap tahun ladang tebu Chuping menjadi lokasi perlumbaan Malaysian Rally of Perlis (MRC).


Photo

Aktiviti sukan lumba kereta rally yang saban tahun dianjurkan di ladang tebu Chuping


Keunikan


Chuping yang mempunyai keluasan 10,830 hektar dianggap sebagai kawasan paling panas di negara ini dengan rekod kepanasan tertinggi iaitu 40.1 darjah celsius yang telah dicatat pada tahun 1998. Jabatan Meteorologi merekodkan suhu terpanas tersebut dan sebuah mercu tanda telah diwujudkan di bulatan Felda Chuping bagi mempamerkan rekod itu.


Photo

Mercu tanda kawasan terpanas di Malaysia terletak di bulatan Felda Chuping, Perlis

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.