SUKANEKA BERSAMA AHLI PI1M MESILOU GABUNGAN PI1M MESILOU & KG DESA AMAN

28 November 2016 | Berita Terkini

Pada hari rabu baru-baru ini, iaitu 16 November 2016, satu program sukaneka bersama ahli PI1M Mesilou gabungan PI1M Mesilou dan Kg Desa Aman telah dijalankan di PI1M Kg Mesilou. Aktiviti sukaneka tersebut bermula pada jam 2.00 petang. Sebelum aktiviti sukaneka dijalankan, terdapat aktiviti sampingan yang di adakan bagi memeriakan lagi aktiviti pada petang tersebut, antaranya ialah sesi taklimat Klik dengan Bijak dan kempen E-Waste bersama ahli PI1M Kg Mesilou yang dikendalikan oleh kakitangan PI1M Kg mesilou sendiri. Aktiviti sukaneka dimulakan setelah selesai sesi taklimat Klik dengan Bijak dan kempen E-Waste dijalankan. Para Peserta amat komited dan seronok sepanjang aktiviti sukaneka ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah game Bantal Beracun, game Kamil Kata, Running kuiz KDB dan Belon Hunter. Seramai 13 orang peserta melibatkan diri dalam aktiviti sukaneka tersebut. Program berlangsung selama 3 jam itu berakhir pada jam 5 petang.