Usahawan Tempatan : Mengusahkan perniagaan menjahit pakaian pelbagai fesyen dan menjual tudung-tudun

28 November 2016 | Kisah Kejayaan

Nama Usahawan : Essya Marysia Binti Marius 

Nama Perniagaan : Mengusahkan perniagaan menjahit pakaian pelbagai fesyen dan menjual tudung-tudung dan kain.

Umur : 34 Umur

Lokasi Perniagaan : Kedai sedco Pekan Kundasang 

Diskripsi Perniagaan : Menerima tempahan Jahitan baju untuk pelbagai fesyen dan  pakaian seragam formal Serta menjual tudung-tudung dan pelbagai jenis kain jahitan.

 

Puan Marysia merupakan ibu kepada seorang anak, menjalankan perniangaan menjahit pakaian pelbagai fesyen, beliau merupakan anak jati ranau,Namun telah menetap lama di kundasang disebabkan beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari kundasang. Beliau amat meminati bidang jahitan dan sulaman. Puan Essya Marysia mempunyai kedai jahitan yang diberi nama DE'MARICH CELLOCTION yang terletak di deretan kedai Sedco pekan kundasang.

 

Gambar  Di Antara Hasil Jahitan Puan  Marysia

Sebelum penggunaan ICT dan Penglibatan PI1M beliau hanya menjahit pakaian mengikut fesyen permintaan pelanggan sahaja. Namun Selepas penggunaan ICT dan Penglibatan PI1M, hasil/Jahitan beliau semakin pelbagai dan semakin ramai pelanggan yang datang.Apabila sudah tahu menggunakan komputer & internet beliau sudah tahu mempelbagaikan jahitan fesyen Pakaian mengikut trend terkini . Beliau menggunakan internet untuk mencari jahitan fesyen Pakaian dan kini beliau telah menjual Tudung-tudung dan kain untuk Dijahit. 

Beliau mengikuti kelas keusahawan iaitu cara memasarkan perniagaan secara atas talian, serta membina blog sendiri dengan tunjuk ajar dari staff Pi1M. Beliau juga rajin bertanya mengenai media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, weechat dan aplikasi lain iaitu cara memasarkan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas ict. 

Gambar Puan  Marysia Mengikuti Kelas Keusahawan dan Kelas ICT

PI1M banyak membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT dengan Mengajar peserta bagaimana menggunakan laman sosial sebagai medium perniagaan atas talian (promosi), dan bagaimana menggunakan perbankan secara atas talian dengan lebih selamat apabila menjalankan perniagaan. Selain itu, PI1M boleh Memaparkan kisah-kisah kejayaan bagi mana-mana individu mahupun kumpulan yang telah berjaya dalam program tersebut untuk diperlihatkan kepada komuniti setempat. Dengan adanya pendedahan seperti ini, ianya mampu memberikan motivasi dan galakan,seterusnya komuniti faham dan sedar kepentingan Mempelajari kemahiran ICT dan Asas Internet.

Gambar Puan  Marysia Mengikuti Program Advokasi Bersama Belia Mukim Kundasang

Gambar Puan  Marysia Mengikuti Program Keusahawanan Bersama Marykay Di PI1M Kg.Desa Aman.