PROGRAM KEUSAHAWANAN CILIK BERSAMA AHLI PI1M SEMPENA CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016_PROJEK D.I.Y

14 December 2016 | Berita Terkini

Pada 14 Disember 2016, satu aktiviti bersama beberapa ahli pi1m kg desa aman telah dijalankan  bagi mengisi masa yang terluang, di mana kebetulan pada hari tersebut pi1m mengalami internet down. Untuk memanfaatkan masa itu, pengurus pi1m mengumpul ahli pi1m untuk membuat satu aktiviti yang santai, iaitu program advokasi dan keusahawanan cilik, projek D.I.Y sempena cuti sekolah akhir tahun 2016. Dimulakan dengan taklimat santai KDB dan diteruskan dengan projek D.I.Y iaitu membuat tabung, bakul mini dan laci kecil, ianya berasaskan daripada bahan-bahan kitar semula atau terpakai. Peserta yang menyertai aktiviti tersebut sangat komited dengan hasil tangan mereka sehingga siap walaupun mereka hanya murid sekolah rendah tetapi mereka seronok semasa proses pembuatan projek D.I.Y tersebut. Di akhir aktiviti, kami mengadakan sesi bergambar bersama hasil kraftangan dan hadiah saguhati/cendera kenangan.