PROGRAM BERSAMA KOMUNITI & AHLI PI1M MESILOU SEMPENA CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

22 December 2016 | Berita Terkini

Pada 15 Disember 2016 bersamaan hari khamis yang lepas, satu aktviti bersama komuniti pi1m mesilou telah dijalankan bagi mengisi masa dan ruang yang terluang para komuniti pi1m. Di Awal program tersebut, para peserta diminta untuk mencipta kad kreatif mereka, yang mana mereka diberi 3 tajuk utama. Kad yang kreatif dan sangat menyerlah akan mendapat hadiah. Setelah selesai mencipta kad kreatif, beralih ke aktiviti seterusnya iaitu sukaneka, di mana ada 2 permainan diadakan, yang pertama pertandingan menari bebas dan kedua pertandingan 'patung berirama', komuniti pi1m pada masa itu sangat terhibur dan bersuka ria walaupun di awal permainan ada yang tidak turut serta. seterusnya aktiviti gotong royong turut dijalankan sebelum sesi penyampaian hadiah berlangsung.