Komuniti

KOMUNITI KG DESA AMAN KUNDASANG.

 

Populasi komuniti Kg Desa Aman setakat tahun 2015 adalah sebanyak 500 orang (*jumlah ini hanya untuk Kg Desa Aman sahaja) mengikut hasil bancian JKKK Kg Desa Aman, Encik Muhilin Madali. Majoriti komuniti di Kg Desa Aman ini adalah berbangsa dusun dan islam. Ada di antara mereka melakukan aktiviti penanaman sayur, peruncitan, penginapan hotel bajet ataupun homestay yang mendapat sambutan baik dari pengunjung luar daerah mahupun pelancong luar Negara. Kawasan Kundasang boleh dikatakan sangat popular dengan kawasan pelancongan yang sangat menarik dan menjadi persinggahan orang ramai. Kg Desa Aman Ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu desa aman bawah dan desa aman atas. Lokasi kg desa aman ini adalah I KM dari pecan Kundasang.


 


 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.