Pelancongan & Rekreasi

NATIONAL PARK KINABALU.
Taman Kinabalu terletak bahagian utara
pulau Borneo, sebuah taman tertua negeri Sabah, Malaysia yang telah diwartakan
pada tahun 1964, Taman Kinabalu dihiasi oleh Gunung Kinabalu yang tersergam
dengan ketinggian 4,095.2 meter, yang merupakan gunung tertinggi di antara
Puncak Jaya Papua, Indonesia dan Hkakabo Razi, Mynmar di Asia Tenggara.
Taman Kinabalu merupakan kawasan yang
mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika,
kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan
separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada ke aras tinggi. Ia telah
dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya
dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, Malaysia termasuk
tumbuhan tropika sejagat.
Kini Taman Negara Kinabalu berada
dibawah pentadbiran Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.
KUNDASANG WAR MEMORIAL
Tugu Peringatan Perang Kundasang
(Kundasang War Memorial) adalah salah satu tugu peringatan untuk mengenang
keberanian Tawanan Perang Australia dan Inggris yang gugur di Sandakan dan
selama pawai kematian yang keji ke Ranau pada Perang Dunia II.
Tugu Peringatan yang seperti benteng
dirancang oleh arsitek setempat bernama J.C. Robinson. Tempat ini terdiri dari
empat taman yang saling terkait tapi tetap terpisah, yang melambangkan tanah
air mereka yang gugur: Taman Australia, Taman mawar Inggris yang resmi, Taman
Borneo dengan bunga liar dari Kinabalu dan di bagian atas adalah Taman
Kontemplasi dengan kolam refleksi dan pagoda.
Tugu ini dibuka untuk pengunjung lokal
dan asing, tidak hanya untuk melihat taman yang sempurna, tetapi untuk
mengenang mereka yang mengorbankan hidup demi kemerdekaan orang lain.
DESA DAIRY FARM MESILOU
Dengan gelaran sebagai New Zealand
Sabah, projek tenusu Desa Dairy Farm di kaki gunung Kinabalu ini adalah antara
tempat yang wajib kunjungi atau lawati jika ingin melihat suasana penternakan
lembu dan kambing di dalam cuaca Malaysia.
Dengan suhu sejuk dan pemandangan
gunung, ladang tenusu ini menjadi tempat pilihan ramai sperti pasangan
pengantin serta krew filem bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia
memerlukan suasana ala ladang di Eropah.
Terletak kira-kira 2 jam perjalanan
dari bandar Kota Kinabalu, kita boleh melihat sendiri proses memerah dan
memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini.
Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke
kandang haiwan. Sekiranya sudah letih bergambar, terdapat ruang café yang
membolehkan kita berehat sambil menikmati waffle dan ais krim serta menikmati
sejuknya angin gunung.
HERITAGE & SPA HOTEL
Mount Kinabalu Heritage Resort &
Spa, Kundasang. Resort yang dahulunya dikenali sebagai Perkasa Hotel ini
terletak di atas bukit kira-kira 5,000 kaki di atas paras laut dan mempunyai
pandangan indah menghadap Gunung Kinabalu. Disebabkan kedudukannya yang lebih
tinggi berbanding hotel dan resort lain yang berhampiran, pengunjung akan
berpeluang menikmati keindahan panorama di kaki gunung yang dipenuhi oleh
ladang sayur-sayuran dan suasana sejuk semula jadi. Kalau menginap di tingkat
paling atas atau di Chalet, kita boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas.
Tetapi kalau kebetulan dapat bilik yang bukan menghadap kaki gunung, anda
jangan risau sebab boleh juga memerhati gunung dari pelantar pemerhatian yang
dipanggil Mount Kinabalu View. Ada banyak lagi kemudahan yang tersedia di sini,
antaranya Chalet, SPA, Dinning, Meetings & Events dan lain-lain. Keterangan
lanjut tentang fasiliti dan harga boleh lawati laman web Mount Kinabalu Heritage
Resort & Spa, Kundasang, di: www.mountkinabaluheritageresort.com.my
1)