Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke Pusat Internet Lain

Pusat Internet  Desa Aman

Pi DESA AMAN

Setakat November 2018 Pi Desa Aman telah mendaftarkan keahlian sebanyak 2,522 ahli yang terdiri dari kanak-kanak, remaja,dewasa dan warga emas. Kelas-kelas ICT percuma telah dijalankan dari awal tahun 2010 dan telah melahirkan pengguna yang sekurang-kurangnya mempunyai asas penggunaan komputer dan internet.

Pada penghujung tahun 2012 Pi Desa Aman telah memulakan program klik dengan bijak (KDB) dan telah dihadiri lebih dari seratus peserta termasuk dari agensi antidadah kebangsaan daerah Ranau (AADK), JKKK, masyarakat setempat dan pelajar sekolah.

Program-program lain seperti E-Rezeki dan Program Keusahawanan juga telah mula dijalankan bermula tahun 2012. Dan sehingga hari ini Pi Desa Aman sedang giat mempromosi program ADVOKASI dengan harapan dapat melahirkan usahawan internet yang berjaya di masa akan datang

Sasaran

Pi Desa Aman mensasarkan penembusan ICT kepada seluruh lapisan masyarakat sekitar Mukim Kundasang  melibatkan semua golongan dari kanak-kanak seawal 5 tahun sehinggalah golongan warga emas. Setakat 06/04/2010 PJK Desa Aman telah menerima keahlian lebih kurang 800 orang di mana sejumlah 596 orang telah secara rasminya di daftarkan sebagai ahli dan yang selebihnya masih dalam proses. Dari jumlah tersebut seramai 210 orang adalah warga emas dan lebih kurang 100 orang adalah pelajar di bawah 12 tahun.

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan