Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

25 October 2017 | Berita Terkini

Pada 7 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan telah bersama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Titiwangsa untuk menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.                          Pertandingan ini telah dibuka untuk 3 kategori iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Pendaftaran telah dibuka seawal 8.30 pagi. Terdapat lebih kurang 50 pserta tekah menyertai pertandingan pada kali ini dengan ditemani oleh ibu atau bapa masing-masing. Pada jam 10 pagi, peserta telah diminta untuk bersedia di dalam dewan... read more

Program Gaya Hidup Sihat

25 October 2017 | Berita Terkini

Pada 18 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan telah menyertai PDM Kg Pandan Dalam, KEMAS Titiwangsa, DBKL Kawasan Titiwangsa dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Titiwangsa Sub Zon 2 untuk menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat.                              Seawal jam 9.30 pagi, pendaftaran telah dibuka di Dewan Pandan Baiduri. Pihak KEMAS turut menyumbangkan bekas makanan untuk orang awam yang menyertai program ini sebagai goodies. Dianggarkan kira-kira 20-30 orang yang menyertai program ini. Untuk memulakan program, Cikgu Norasmah daripada KEMAS telah membuat demonstrasi... read more

Program Bacaan Yassin & Tazkirah Sempena Awal Muharram

23 September 2017 | Berita Terkini

Pada 21 September yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk menganjurkan Program Bacaan Yassin dan Tazkirah sempena Awal Muharram ini. Program ini telah ketuai oleh Ustazah Norhaya binti Hasan untuk bacaan Yassin dan memberi tazkirah.                            Pendaftaran telah bermula dari jam 3 petang. Hampir 20 orang penduduk di kawasan sekitar telah menyertai program ini. Lebih kurang setengah jam kemudian, Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan, Saudari Azmizah binti Mhd Zainol... read more

Bengkel Kulinari

19 September 2017 | Berita Terkini

Pada hari Ahad, 17 September yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan telah menganjurkan Bengkel Kulinari untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Pada jam 10 pagi, peserta mulai hadir dan berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan. Lebih kurang 20 orang kanak-kanak telah menyertai bengkel ini.                                Untuk bengkel ini, kami telah menyediakan bahan-bahan untuk membuat sandwich seperti roti, salad, tomato, telur rebus, sardin, tuna, planta, mayonis dan beberapa bahan tambahan lain. Bahan-bahan ini telah kami asing-asingkan... read more

Celik IT - Zahiruddin & Aisyah

14 September 2017 | Kisah Kejayaan

Adik Ahmad Zahiruddin dan adik Aisyah Zakiah merupakan pelajar tahun 4 dan tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Mereka merupakan penduduk tetap di Blok E Desa Pandan dan tinggal bersama mak, nenek saudara serta 4 orang adik-beradik. Mereka seringkali bersama datang ke Pusat Internet 1 Malaysia ini disebabkan di rumah mereka tidak mempunyai internet untuk digunakan kerana kekangan kewangan. Mujur juga Pusat Internet 1 Malaysia ini berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Jika ada masa yang terluang, mereka akan datang ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti... read more

Celik IT - Aliff Hakimi

14 September 2017 | Kisah Kejayaan

                                                               Aliff Hakimi merupakan pelajar tahun 4 di Sekolah Rendah Desa Pandan. Beliau kini berumur 10 tahun merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau sekarang menetap di Desa Pandan bersama ibu bapa dan adik-beradiknya. Aliff menjadikan Pusat Internet 1 Malaysia ini sebagai salah satu tempat untuk mencari maklumat dan bahan rujukan untuk membuat kerja sekolah. Selain itu, Aliff yang rajin menjaga... read more

Kisah Kejayaan - De Amza

14 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

De Amza merupakan nama yang digunakan oleh Saudari Azma binti Mohd Zainol Abidin untuk menjual produknya di dalam internet. Beliau yang hanya belajar sehingga SPM saja telah beberapa kali bertukar kerja. Walaupun kini hanya bekerja sebagai kerani tapi beliau telah mengambil keputusan untuk berniaga online untuk menambah pendapatan sampingan. Mengikut kata Saudari Azma yang lebih mesra dengan panggilan Intan, beliau membuat keputusan untuk berniaga secara online kerana boleh menjual produk dengan lebih mudah tanpa perlu membuka kedai, yang mana lebih menjimatkan modak dan kos. Selain itu, beliau juga boleh mengenali lebih... read more

Tayangan Filem & Menjawap Kuiz Sempena Hari Merdeka

30 August 2017 | Berita Terkini

30 Ogos – Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan telah mengadakan tayangan filem Kapsul dan pertandingan menjawab kuiz sempena Hari Kemerdekaan ke 60 tahun. Pertandingan ini telah disertai oleh kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran.                             Pertandingan ini telah bermula dari jam 2 petang. Mereka terlebih dahulu diberi taklimat mengenai tatacara pertandingan ini dilaksanakan. Iaitu mereka hanya perlu menonton filem “Kapsul” terlebih dahulu dan kemudian menjawab soalan-soalan kuiz yang telah disediakan berdasarkan filem yang telah ditayangkan. Filem yang dibintangi oleh Faizal... read more

Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Merdeka

29 August 2017 | Berita Terkini

26 Ogos – Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan telah bekerjasama dengan PDM Kg Pandan Dalam yang diketuai oleh En Mohd Shahrin Mohd Salim bersama beberapa badan NGO dan Kerajaan untuk mengadakan Program Kibar Bendera Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun.                                  Program yang bermula seawal 9 pagi di Dewan Pandan Baiduri, Kg Pandan ini telah disertai lebih kurang 60 orang penduduk dari kawasan sekitar Desa Pandan dan Kg Pandan Dalam. Peserta dikehendaki mendaftar terdahulu dan turut... read more

Kisah Kejayaan- Amelia Shamira

15 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Amelia Shamira Sanusi atau lebih dikenali sebagai Amelia merupakan pengasas produk kecantikkan MaiAmy Skincare. Skincare ini telah berada lama di pasaran iaitu sejak tahun 2015. Beliau menetap di Kampung Pandan.             Sebelum beliau mempunyai produk sendiri, beliau hanya menjadi dropship kepada peniaga peniaga lain dengan menjual apa sahaja yang penjual itu bekalkan. Sekarang, apabila sudah mempunyai produk sendiri, produk beliau amat dikenali kerana cara beliau mempromosikan barang di pelbagai platform dan sumber. Beliau rajin mempromosi skincare beliau di Instagram pada mulanya. Skincare beliau ternyata mendapat sambutan di hati para... read more

lagi berita & aktiviti