Mengenai Pusat Internet

PENGENALAN

 

Pusat Internet Malaysia (PIM) dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS).


OBJEKTIF PENUBUHAN

 

Tujuan utama wujudnya PiM ini adalah untuk memberi kemudahan capaian internet kolektif kepada komuniti tempatan dengan harapan agar PiM ini akan dapat menyumbang ke arah mencapai kejayaan dalam inisiatif kebangsaan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar, selaras dengan matlamat yang digariskan di dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan.


PROFILE PI1M KG.DUVANSON KETIAU

 

PIM Kg.Duvanson Ketiau mula dibuka kepada komuniti pada 21 December 2012. PIM Kg.Duvanson Ketiau terletak di Kg.Duvanson berhampiran dengan Sk. Ketiau, Putatan. PIM dilengkapi dengan 20 buah komputer , alat pencetak , alat laminating dan juga projector LCD. Dengan hanya membayar RM5 sahaja untuk seumur hidup komuniti boleh menjadi ahli PIM dan menikmati keistimewaan berbanding dengan komuniti yang tidak menjadi ahli. Antara keistimewaan tersebut ialah dapat mengikuti kelas computer / ICT secara percuma dan menerima kadar bayaran penggunaan komputer di PI1M dengan harga yang lebih murah.


KOMUNITI SETEMPAT

 

Jumlah penduduk di Kg.Duvanson adalah seramai 800 orang di mana, penduduk utama yang mendiamai Kampung ini ialah penduduk berbangsa Kadazan dengan jumlah sebanyak 592 orang diikuti oleh penduduk yang berbangsa Melayu iaitu sebanyak 165 orang manakala selebihnya adalah orang yang berbangsa cina (30 orang) dan lain-lain (13orang).  Kebanyakan penduduk yang menetap di Kg.Duvanson bekerja sebagai pengusaha kedai makanan dan minuman, pengusaha kedai runcit, pengusaha workshop dan pengusaha kedai perabot. Berhampiran PIM juga terdapat dua buah kampung lain iaitu Kg.Ketiau dengan jumlah penduduk seramai 1900 orang dan Kg.Serigai dengan jumlah penduduk seramai 1078 orang.

 


PERKHIDMATAN


1.      Computer

2.      Kemudahan capaian internet

3.      Printing

4.      Fotocopy

5.      Scan (Imbas gambar atau Dokumen)

6.      Laminate

7.      Kelas ICT (Percuma) bagi Ahli Pusat Internet  Malaysia yang telah berdaftar


MAKLUMAT  PI1M DAN KOMUNITI KG DUVANSON KETIAU PUTATAN


Lokasi

Pusat Internet Malaysia,

Rumah Marcus Mojigoh,

Kg Duvanson Ketiau,

88200 Putatan Sabah

Daerah

Putatan

Negeri

Sabah

Populasi

800 orang

Aktiviti Utama

Bekerja dibawah majikan dan bekerja sendiri

Jumlah Keahlian (setakat 08/08/2018)

530 Orang

Lat/Long PIM

5.8827102 116.056063

Teknologi

Hub & Spoke – Using Fiber and Wireless Bridge

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh mula beroperasi

23/12/2012

Maklumat Pengurusan PIM

Pengurus

Nama: Raman bin Aras

Email: raman@celcom1cbc.com

No Telefon: 016 8020702

Pembantu Pengurus

Name: Nurul Shafinaz Binti Roslan

Email: nurulshafinaz@celcom1cbc.com

No Telefon: 0143724784


Website

https://www.celcom1cbc.com/duvanson-ketiau

Kampung Tanpa Wayar

1)     PIM Kg. Duvanson Ketiau, Putatan (Bangunan PIM)

2)     KTW Masjid Nurul Ihsan

3)     KTW Putatan Roof Top (Kaison Putatan)