Pertandingan Teka Teki

27 November 2016 | Berita Terkini

Laporan Program PI1M Felda Kepis

Q4 2016

Nama Program: Pertandingan Teka Teki

Tarikh & Waktu Program:  22 November 2016

Tempat: PI1M Felda Kepis

 

Satu aktiviti memantapkan daya pemikiran yang dijalankan di  Pusat Internet Felda Kepis yang disertai oleh ahli yang berumur 12 tahun. Program Pertandingan Teka Teki ini melibatkan aktiviti daya pemikiran individu tersebut untuk berfikir secara kreatif dan kritis.Teka-teki ini dapat membantu mempertajam fikiran dan membuka proses pemikiran yang baru. Berlatih dengan teka-teki setiap hari dapat membantu membebaskan  fikiran, menyediakan kapasiti ingatan yang lebih baik, dan meningkatkan kemampuan kognitif.Memainkan dan menyelesaikan permainan teka teki secara teratur memiliki banyak manfaat pada bidang pendidikan. Aktiviti ini juga menerapkan nilai positif .Umumnya permainan teka teki meningkatkan pengetahuan dasar, kosakata,cara untuk menyelesaikan masalah  dan juga kemampuan logik.

Setiap peserta  diberikan alat tulis dan kertas soalan teka teki yang mengandungi 50 soalan.Sebelum pertandingan ini bermula peserta diminta untuk mengemaskini kehadiran di laman web rasmi Pusat Internet 1 Malaysia.Peraturan yang diberikan adalah Peserta tidak dibenarkan melayari internet dan meniru sesama mereka.Pertandingan ini diibaratkan seperti menjawab kertas peperiksaan apabila penolong pengurus PI1M sentiasa mengawasi pergerakan mereka.Masa yang diperuntukkan untuk menjawab hampir dua jam.Selepas itu, 30 minit diambil untuk memeriksa kesemua jawapan peserta.

Aktiviti  berakhir dengan penyampaian hadiah kepada setiap peserta  yang menang dan saguhati kepada yang lain. Aktiviti seperti ini dapat menajamkan daya  pemikiran pelajar serta memberikan mereka berimaginasi dengan sangat meluas.