Usahawan Felda Kepis 2016 (Puan Noraini Bt Abd Hamid)

01 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN FELDA KEPIS

NAMA: NORAINI BINTI ABD HAMID

JENIS PERNIAGAAN: KEDAI RUNCIT

TAHUN MULA BERNIAGA: 1991

NO TEL:019-629 1545

 

Puan Noraini Binti Abd Hamid 44 dan pasangannya  En Zulhairy Bin Muharram 44, antara peniaga yang telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Menetap di kediaman yang beralamat No 64 BBlok C Felda Kepis, 72100 Bahau Negeri Sembilan, pasangan ini mempunyai 4 orang cahaya mata.

Sebelum berkecimpung dengan pernigaan, Puan Noraini, yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia Pangkat Tiga ini pernah bekerja kilang selepas SPM, pernah juga membawa van sekolah membawa murid-murid dari Felda Kepis berulang-alik ke sekolah mereka. Namun kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan, beliau mengambil langkah memulakan pernigaannya secara kecil-kecilan dengan modal yang kecil. Bantuan dan tunjuk ajar daripada arwah bapanya, banyak membantu beliau mengetahui cara mengendalikan kedai runcit harian yang dimiliki bapanya.

Keyakinan terhadap diri memberikan semangat kepadanya untuk membuka kedai sendiri. Puan Noraini dan pasangannya menyewa kedai MARA di alamat Gerai No 3, Kedai MARA Felda Kepis. Kedai beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Di situ, dengan modal yang ada, pasangan ini memulakan perniagaan pertama mereka. Barang harian,dari hari ke hari dipelbagaikan kerana mendapat sambutan. Puan noraini aktif dengan usaha untuk mengembangkan perniagaan dengan menghadiri kursus-kursus keusahawan yang beliau yakin dengan kemahiran dan ilmu mengenai selok-belok perniagaan mampu membantu beliau terus maju dengan perniagaan kedai runcit beliau.

Melalui kursus keusahawan, beliau membesarkan modal perniagaan dengan membuat pinjaman pernigaan melalui pinjaman TEKUN dan AIM. Hal ini sangat membantu beliau membuka cabang perniagaan barang harian basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Berikutan itu, kedai runcit di ambil alih oleh suaminya kerana Puan Noraini menyewa lagi satu tapak gerai untuk menjual jualan basah beserta jualan sampingan yang bersesuaian. Kedai ini berada di tepi jalan utama Felda Kepis dimana lebih mudah untuk pembeli singgah membeli dan ianya secara tidak langsung menaikkan hasil jualan harian.

Puan Noraini suka mencari peluang-peluang perniagaan yang boleh mendatangkan hasil kepadanya bagi menambahkan pendapatan keluarganya. Beliau juga merupakan agen bagi produk ALKEN di Felda Kepis. Bagi beliau, jika ada usaha,kemahuan, ilmu dan modal pastinya sesuatu perniagaan itu boleh kekal lama. Beliau mengimpikan membuka MINI MARKET nya pada masa akan dan diharapkan segala usaha beliau dipermudahkan dan perniagaan Puan Noraini terus maju jaya.