Usahawan Felda Kepis (En Mohd Radzi Bin Mistam)

08 August 2017 | Kisah Kejayaan

USAHAWAN FELDA KEPIS

NAMA: MOHD RADZI BIN MISTAM

JENIS PERNIAGAAN:KEDAI RUNCIT

TAHUN MULA BERNIAGA: 1995

NO TEL:012-3175561

 

Kedai Runcit Mohd Radzi, antara kedai runcit yang dikenali di Felda Kepis. Ianya diusahakan oleh En Mohd Radzi Bin Mistam 48. Pasangannya Puan Noriyanti Binti Jalil, 40 merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Felda Kepis. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Lokasi perniagaan ini terletak di No 111 Blok E Felda Kepis, 72100 Bahau Negeri Sembilan dan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dan bercuti pada hari-hari tertentu.

En Mohd Radzi mula berniaga sekitar tahun 1995 kira-kira 21 tahun yang lalu. Beliau juga turut mengerjakan kebun getah sebelum memulakan perniagaanya. Bermula dengan kedai yang kecil dengan modal yang kecil, hasil tiga tahun selepas itu beliau berjaya membesarkan saiz kedainya untuk keselesaan pelangggannya dan untuk pertambahan barang jualan. Pinjaman perniagaan daripada TEKUN juga amat membantu En Mohd Radzi dalam modal pusingan pernigaannya. Hal ni kerana, perniagaan kedai runcit ini merupakan sumber pendapatan utama bagi beliau sekeluarga, tetapi beliau tidak menghadkan perniagaan sebagai hasil utama.

Antara yang terdapat di kedai runcit En Mohd Radzi ialah barangan harian,gas memasak , alat-alat tulis asas serta mengambil kuih-muih sejukbeku berkala daripada peniaga tempatan Felda Kepis. Sokongan daripada isteri,anak-anak dan keluarga serta pelanggan membolehkan kedai runcitnya kekal sehingga ke hari ini. Di harapkan perniagaan En Mohd Radzi terus maju pada masa hadapan.