Usahawan Felda Kepis 2016 (Mohd Hakimi Bin Razali)

01 December 2016 | Kisah Kejayaan

USAHAWAN FELDA KEPIS

NAMA: MOHD HAKIMI BIN RAZALI

JENIS PERNIAGAAN: PELBAGAI

TAHUN MULA BERNIAGA: 2010

NO TEL:0136076392

WEBSITE: http://aka7016.wixsite.com/kedaikimi

 

En Mohd Hakimi Bin Razali 35 tahun,merupakan generasi kedua Felda Kepis yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Pasangannya Puan Rosidah Binti Bachik juga turut membantu di kedai pelbagai mereka ini mempunyai seorang cahaya mata. Perniagaan beliau bertempat di alamat No 269 Blok 2B Felda Kepis, 72100 Bahau Negeri Sembilan dan beroperasi setiap Selasa hingga Sabtu dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam.

Sebelum melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini, En Hakimi pernah bekerja sebagai kelasi kapal dagang sekitar tahun 2001 hingga 2005. Setelah mengambil keputusan berhenti, beliau juga pernah mengerjakan kebun getah bapanya sebagai sumber pendapatan tambahan. Sehingga satu hari dengan modal yang ada, dan peluang kedai sewa yang kosong beliau mengambil langkah perubahan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Pada tahun 2010, kedai yang disewa itu didaftarkan perniagaannya dengan nama KEDAI KIMI KEPIS ENTERPRISE dilengkapkan serba sedikit dengan barang runcit kering, peralatan alat tulis, dan beberapa komputer peribadi yang dilengkapkan dengan capaian internet. Semakin bertambah usia perniagaan, bertambah juga perkhidmatan yang disediakan oleh En Hakimi di kedainya. Antara perkhidmatan yang turut disediakan oleh beliau adalah, perkhidmatan wifi perkhidmatan fotokopi dan cetakan, perkhidmatan membaiki telefon pintar/komputer,perkhidmatan pemindahan duit atas talian, perkhidmatan bayaran bil atas talian dan pelbagai lagi.

Perniagaannya masih kekal sehingga hari ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan menepati kehendak semasa dan khidmat pelanggan yang diberikan dengan baik. Seiring dengan harapan beliau yang inginkan kedainya terus maju dan stabil,diharapkan perniagaan Kedai Kimi Kepis Ent terus maju seiring dengan usia perniagaannya.