Usahawan Felda Kepis 2016 (Puan Rahida Binti Ibrahim)

01 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN FELDA KEPIS

NAMA: ROHIDA BINTI IBRAHIM

JENIS PERNIAGAAN: KEDAI MAKAN & MINUM

TAHUN MULA BERNIAGA: 2009

NO TEL: 011-32371084

Puan Rahida Binti Ibrahim, 32 telah mula berniaga sekitar tahun 2009 lagi. Setelah berkahwin dengan pasangannya Mohd Parius Bin Abd Rahman,33 peluang berniaga itu mula apabila Puan Rahida mengambil alih tugas berniaga mertuanya. Beliau yang memang minat dalam berniaga bersyukur kerana peluang itu tersedia untukknya.

Mula berniaga di alamat No 269 Blok 2C Felda Kepis,namun berpindah pada tahun 2015. Sambutan amat menggalakkan dan kini beliau memiliki kedai sendiri di hadapan jalan besar Dewan Felda Kepis yang beroperasi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bermodalkan simpanan sendiri dan hasil daripada kedai dan pinjaman AIM membantu Puan Rahida memiliki kedai tersebut. Menu utama adalah sarapan pagi termasuklah nasi lemak, mee dan bihun goreng, pelbagai kuih muih dan pelbagai kennis minuman panas.

                                                                               

Beliau juga turut menjadi agen kepada produk seperti agen jualan top up, agen jualan kad sim telefon bimbit, alatan aksesori telefon bimbit, agen jualan pewangi kenderaan dan sebagainya lagi. Baginya, sesuatu jika boleh dijadikan sumber pendapatan yang halal akan dijualnya. Begitu juga,jika ada yang ingin meletakkan produk di kedainya, Puan Rahida sedia menerimanya secara tidak langsung dapat membantu ekonomi suri rumah tangga yang juga ingin menambahkan pendapatan mereka.

Sokongan daripada keluarga dan pelanggan sentiasa mendorong Puan Rahida untuk kekal berniaga dan berharap perniagaan kedai makannya berkembang satu hari nanti. Diharapkan perniagaan beliau terus maju jaya.