Usahawan Felda Kepis 2016 (Puan Munaliza Binti Amat Shawal)

09 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN FELDA KEPIS

NAMA: MUNALIZA BINTI AMAT SHAWAL

JENIS PERNIAGAAN: GERAI BURGER KEPIS LELEH

TAHUN MULA BERNIAGA: 2015

NO TEL: 017-2577136

 

Burger Kepis Meleleh antara gerai burger yang mendapat sambutan daripda penduduk sekitar Felda Kepis. Ianya diusahakan oleh Puan Munaliza Binti Amat Shawal, 31 manakala pasangannya En Mohd Hafizi Bin Shahidi 31 sentiasa memberi sokongan kepada isterinya yang minat untuk berniaga ini. Pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata dan keduanya adalah lelaki.

Puan Muna mula berniaga sekitar bulan Oktober 2015 dan kini setahun sudah usia perniagaannya. Gerai Burger Kepis Meleleh ini terletak di tepi jalan yang beralamat No 276 Blok 2B 72100 Felda Kepis,Bahau Negeri Sembilan. Beroperasi dari jan 4.00 petang hingga jam 11.00 malam setiap Isnin hingga Sabtu dan cuti pada hujung minggu. Beliau membuka gerai ini dengan modal sendiri dan hasilnya amat menggalakkan dalam menambahkan pendapatan sampingan baginya sebagai suri rumah.

Menu yang terdapat di gerai burger kepis meleleh antaranya ialah Burger Biasa,Burger Oblong,Burger Telur Bungkus dan Burger Sosej. Setiap pilihan burger terdapat 3 lagi pillihan sama ada biasa, special atau double special. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan rasa yang enak, sedap dan lembut. Seperti nama gerainya Burger Kepis Meleleh, burger yang disediakan memang kena dengan gayanya. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan citarasa boleh ikut permintaan pelanggan. Puan Muna juga ambil order  melalui aplikasi whatsapp dan FB messenger namun dan kemudian pelanggan akan ambil di gerainya. Perrkara ini sedikit sebanyak memudahkan urusan jualbeli beliau dan dapat mengelakkan pelanggan menunggu lama.

Harapan Puan Muna agar Burger Kepis Meleleh dikenali ramai kerana keenakannya dan mendapat sambutan dari kawasan sekitar dan mendapat tempahan dalam kuantiti yang lebih besar. Semoga perniagaan Puan Munaliza berkembang dengan jayanya pada masa akan datang.